Sabun Pencuci Pinggan Terbaik Untuk Kulit Tangan Sensitif Dish Drops Amway Home

sabun pencuci pinggan terbaik untuk kulit tangan sensitif dish drop

 

 

Hari ini JJ nak cerita tentang sabun pencuci pinggan terbaik untuk kulit tangan sensitif.

 

Sebabnya pernah tak korang perasan sesuatu bila pegang tapak tangan mak atau isteri korang?

… terasa telapak tangan mereka agak kasar dari biasa??

Kadang ada tanda-tanda melecet?..

So ada tak korang perasan ni.. ??

 

 

Kebiasaanya tanda-tanda ni akan di alami oleh golongan wanita yang mempunyai kulit tangan yang sensitif dan kerap melakukan kerja-kerja dapur seperti mencuci pinggan.

 

 

Kalau korang betul sayangkan diorang ni cepat-cepatlah cari alternatif sabun pencuci pinggan terbaik untuk kulit tangan yang sensitif.

 

 

Puncanya bukanlah sebab diorang ni malas atau jarang buat kerja-kerja rumah, tetapi ianya disebabkan oleh tindak balas sesetengah campuran bahan kimia yang digunakan dalam sabun pencuci pinggan mahupun sabun untuk mencuci kain yang digunakan.

 

Sesetengah bahan pencuci mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga.

Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah

Pencuci sintetik pula merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli.
Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit.

Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnyamencemar alam sekitar.

Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik

Sumber : National Poition Centre Universiti Sains Malaysia

sabun pencuci pinggan terbaik untuk tangan sensitif
Dish Drop Sabun Pencuci Pinggan Terbaik Untuk Kulit Tangan Sensitif

Dish Drop ?

Dish drop ni cecair pekat sabun pencuci pinggan mangkuk.

Mungkin korang tak pernah dengar nama sabun pencuci pinggan dish drop ni. Sebab korang tak da masa nak ambik tahu hal-hal macam ni punya.

 

Kalau korang ada isteri, mak atau adik beradik perempuan yang memang secara otomatiknya akan berada di dapur mengerjakan pinggan mangkuk untuk di basuh dan dicuci, memiliki kulit tangan yang sensitif..

Inilah masanya untuk anda tunjukkan yang anda memang sayangkan diorang. Tak kesian ke??

 

Diorang nilah yang akan sentiasa memastikan pinggan mangkuk dirumah kita sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Melainkan korang ringan tangan untuk turun padang, ataupun korang mampu upah pembantu rumah untuk buat kerja-kerja didapur.

 

Jangan sampai esok-esok korang marah  isteri korang sebab tangan dah jadi kasar… lagi teruk diorang tak mahu cuci pinggan mangkuk korang…

 

 

 

Dish Drops Sabun Pencuci Pinggan Terbaik Untuk Kulit Tangan Sensitif

Dish Drops merupakan sejenis cecair pencuci pinggan pekat yang terbaik dan sesuai untuk kulit tangan yang sensitif .

Kandungan bahan campuran sabun  pencuci pinggan dish drops

Kandungan cecair pencuci dish drops ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kesilhatan kulit tangan seperti :-

  • Alovera, melembutkan dan member rasa nyaman ketika mencuci pinggan
  • Shiso botani (pudina jepun) bertindak sebagai anti radang
  • Alpha hydroxy acids atau asam alfa hidroksi (AHA) yang berfungsi untuk melindungi kulit tangan

 

Cecair pencuci pinggan dish drops ini juga mengandungi bahan kimia surfaktan lembut dan selamat yang selamat digunakan

Sabun pencuci dish drop juga dapat menyegarkan kembali sayur-sayuran yang layu selepas direndam menggunakan produk ini selama tidak lebih 5 minit dan keringkan

5 Kelebihan sabun  pencuci pinggan dish drop

Melalui apa yang JJ tahu, pencuci pinggan dish drop bukan sahaja baik untuk kulit tangan yang sensitif, ianya juga   ;-

  • Dapat menjimatkan penggunaan air. Kesan sabun yang mudah hilang selepas di bilas
  • Cukup handal untuk menanggalkan gris dan juga kotoran yang telah kering dengan mudah
  • Jimat dari segi penggunaan sabun. 1 ml cecair sabun pencuci pekat, memadai dengan 5 liter campuran air untuk memberikan cucian yang bersih
  • Berkesan menghilangkan bau hanyir bekas tempat menyimpan ikan dan ayam
  • Berkesan untuk membebaskan racun /toksik pada bahagian luar kulit sayur-sayuran dan buah-buahan yang menggunakan bahan kimia seperti racun serangga perosak.

 

Korang mungkin tak berapa nak faham maksud jimat disni kan? so cuba tengok video ni..

Benarkah sabun pencuci pinggan dish drop sesuai untuk kulit tangan yang sensitif dan selamat untuk digunakan?

sabun pencuci pinggan dish drops amway home
Label Design For The Environment Yang Terdapat Pada Pembungkus Sabun Dish Drop

 

Untuk pengatahuan korang, mana-mana produk keluaran Amway yang mempunyai label “Design for the Environment” (DfE) pada bungkusannya. Bermaksud :-

  • Pasukan saintis EPA telah menyaring setiap bahan kandungan dalam produk yang berpotensi memberi kesan kesihatan dan alam sekitar.
  • Pengilang produk telah banyak melabur dalam R&D dan perumusan untuk memastikan bahawa bahan-bahan kandungannya dan produk-produk siapnya benar-benar mesra alam demi kesihatan dan alam sekitar.
  • Produk adalah lebih selamat untuk manusia dan bumi kita.

 

Kalau korang ada masa dan perlukan maklumat lanjut tentang DFE ini, boleh baca disini www.epa.gov/dfe

Sabun pencuci pinggan dish drop ni sesuai untuk siapa?

Sabun ni sesuai untuk golongan isteri, ibu-ibu yang ada masalah kulit tangan sensitif, mudah kasar dan melecet bila mencuci pinggan menggunakan sabun pencuci yang biasa.

 

 

Bagi pengusaha restoran dan juga kantin, yang mana korang lebih perlukan tahap kebersihan dan keselamatan yang lebih tinggi bagi menggelakkan pelanggan korang sakit perut sebab pinggan yang dicuci tak cukup bersih.

 

 

Bukan itu sahaja, pekerja korang pun pasti lebih mudah dan pantas untuk membersihkan pinggan mangkuk, kuali dan segala macam peralatan dapur yang perlu di cuci dan bersihkan setiap masa menggunakan sabun pencuci dish drops ni.

 

 

 

Pencipta sabun pencuci dish drop

Kata orang kalau sembang, gajah pun boleh terbang…

Untuk hasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai kelainan, sudah tentu perlukan kos yang tinggi untuk membuat kajian yang terperinci. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan produk mengandungi bahan kimia dan diubah suai agar ianya menjadi produk yang mesra alam.

 

 

Dan untuk makluman korang sabun pencuci dish drop ini di miliki oleh syarikat antarabangsa AMWAY . Syarikat ini telah berusia 50 tahun dan telah ditubuhkan sejak tahun 1976 lagi.

 

 

AMWAY Malaysia telah berkembang untuk menyokong perniagaan pengedar mereka dengan rangkaian Kedai Runcit dan Pusat Pengedaran Daerah AMWAY yang luas di seluruh Malaysia.

 

 

Berminat untuk dapatkan sabun pencuci dish drop ni?

Kalau korang berminat nak walk in terus ke kedai, boleh lah datang ke kedai yang berhampiran lokasi korang di seluruh Malaysia lihat lokasi kedai AMWAY yang terdekat

https://www.amway.my/amway-support/amway-shop.

 

 

Atau korang yang tak da masa nak jalan kedai AMWAY ni boleh dapatkan secara online. Tempahan korang akan diposkan menggunakan pos laju..

 

 

Untuk tempahan atau pertanyaan berkaitan produk AMWAY, korang boleh hubungi :

Call/sms/whatapp :- En.Razif- 0125430803

Jaminan jika tak berpuas hati, wang akan dikembalikan 100% dengan syarat sabun pencuci dish drop tu berbaki tidak kurang dari 80%. Bermaksud 1 botol dish drop tu bersamaan 1 liter.

 

 

Kalau korang dah guna sebanyak 20 ml dan korang rasa sabun dish drop ni tak selesaikan masalah kulit tangan korang yang sensitif dengan sabun pencuci tu korang boleh minta pulang balik duit korang tu.

 

sabun pencuci pinggan terbaik untuk kulit tangan sensitif dish drops

Dan tawaran istimewa untuk pembaca blog JJ, jika anda membuat tempahan produk cecair pencuci dish drop ini anda juga layak untuk mendapatkan diskaun bernilai RM5.85 untuk produk AMWAY Botol Picit Plastik 500ml (digunakan untuk bancuhan).

 

 

Untuk tebus diskaun, hanya perlu buat tempahan dan hubungi En.Razif 012-5430803

Untuk melihat produk lain keluaran AMWAY anda boleh melihat dengan klik

https://www.amway.my/at-home/amway-home?lng=MS

 

 

Ok, sampai sini dulu.. JJ harap dengan post ni dapat membantu korang untuk mencari alternatif untuk korang.

Semoga korang ceria, dan dapur korang semakin berseri-seri.

Loading

About Junaidy Jaimi 68 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

15 Comments

  1. aku sensitif jugak, lps cuci pinggan mesti kulit mcm megelupas tp alhamdulillah aku mampu beli sarung tangan ketika mencuci pinggan. haha.
    sapa2 yg sensitif tu boleh lah try beli sabun ni

Leave a Reply