Skip to content

Bisnes Affiliate Cara Mudah Mulakan Bisnes Tanpa Modal

Bisnes Affiliate Cara Mudah Mulakan Bisnes Tanpa Modal

Bagaimana cara memulakan bisnes affiliate tanpa modal? Sesiapa saja yang berminat untuk memulakan bisnes atau perniagaan tanpa modal, saya sangat syorkan untuk anda belajar tentang bisnes affiliate.

 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya melihat model bisnes affiliate di malaysia ini bukan lagi satu perkara yang terlalu baru diperkatakan. Ianya antara satu cara paling ideal bagi sesiapa saja yang berniat untuk memulakan bisnes tetapi asyik terbantut disebabkan terlalu memikirkan bagaimana untuk memulakan bisnes dengan modal yang sekian, sekian.

 

Saya juga syorkan anda untuk baca apa itu affiliate jika anda nak tahu asas tentang affiliate marketing.

 

Kelebihan Bisnes Affiliate

 

Anda ada idea untuk mulakan bisnes apa? Ramai yang tak tahu sebenarnya dengan bisnes affiliate, anda boleh mulakan hampir apa sahaja idea bisnes yang ada di Malaysia ini.

Malah ada yang telah berjaya jadikan bisnes affiliate jadi pembayar hutang. Termasuklah hutang PTPTN.

 

Termasuklah bisnes berbentuk servis,perkhidmatan, jual produk fizikal mahupun produk digital.

 

Ini juga cara paling mudah untuk anda menjadi ejen jualan untuk syarikat-syarikat besar seperti Lazada . Hanya perlu promosikan apa-apa produk yang terdapat dalam website mereka, dan anda akan di bayar komisen untuk setiap produk yang berjaya mendapat jualan.

 

Contohnya anda boleh promosikan salah satu produk best seller lazada seperti Sony A6000 w/16-50mm Mirrorless Digital Camera Silver .

 

 

Sony A6000 w16-50mm Mirrorless Digital Camera Silver

Produk ini berharga RM 2,699.00. Komisen untuk setiap jualan pula adalah antara 3.5% – 12%. (Nilai komisen mungkin berbubah-ubah, boleh lihat pada panel dashbord affiliate, selepas anda mendaftar percuma menjadi ejen affiliate lazada.)

 

Tugas anda hanya perlu promosikan link khas anda selepas membuat pendaftaran sebagai ejen affiliate.

 

Katakanlah anda berjaya mendapat satu jualan untuk produk tadi,

Harga produk RM 2,699.00

Komisen untuk satu jualan 12% X RM 2,699.00 = RM323.88

Jika dalam sebulan dapat 10 jualan maka

Komisen yang bakal anda perolehi = RM323.88 X 10 = RM3238.80

 

 

Dengan menjalankan bisnes affiliate juga, risiko anda mengalami kerugian sangat-sangat kecil.

 

Tidak perlu keluarkan kos untuk beli produk

Tidak perlu simpan stok..

Tidak perlu risau produk tidak terjual..

Tidak perlu sewa kedai..

 

Kalau ianya semudah ini, mengapa masih ramai yang dah lama buat affiliate marketing, tapi masi gagal untuk buat duit dengan affiliate ?

 

Masalah  utama ramai GAGAL buat duit dengan Affiliate

Apa juga bisnes mahupun perniaagan online, mahupun offline yang kita lakukan, bukan mudah untuk kita buat duit atau untung BESAR.

 

Produk yang terbaik, tercanggih, termantop…bukan jaminan anda akan dapat jual produk tersebut dengan mudah.. silap-silap anda langsung tidak akan dapat jual walau satu produk pun.

 

Masalah utama ramai affiliate yang menjalankan bisnes ini, ialah tidak tahu bagaimana nak cari pelanggan yang berminat dengan produk affiliate yang dipromosikan.

 

Sembang gebang, gajah pun boleh terbang……….

 

 

Cara Berkesan Promosikan Bisnes Affiliate

Dalam apa jua bisnes, paling susah adalah untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

 

Lain padang….lain belalang…..

Pernah dengar istilah ini?

Begitu jugalah cara untuk kita promosikan bisnes affiliate…tidak sama dengan cara kita mempromosikan produk secara offline…

 

Ini Rahsianya…

Nak kata rahsia, ianya bukan lagi rahsia..cuma ramai yang tahu, ada yang tahu tapi tak buat betul-betul, tak serius..konfirm menyesal kalau tahu…

 

Sebabnya sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan 3 angka hingga 4 angka dengan kaedah promosi yang betul untuk mempromosikan bisnes affiliate.

 

Ini juga teknik sama yang diguna pakai oleh sifu-sifu di malaysia untuk promosikan produk affiliate, dan jana pendapatan affiliate sekurang-kurangnya 3 ke 4 angka sebulan.

 

Jika anda serius nak buat duit dengan affiliate, anda boleh study melalui video yang saya dan rakan saya sediakan ini.

 

Video ini saya dan rakan tunjukkan bukan satu, tapi ada beberapa teknik yang terbukti berkesan untuk buat jualan affiliate.

 

Paling menarik ada teknik yang di dedahkan bagaimana nak promosi affiliate dan jana pendapatan secara pasif dengan affiliate. Semuanya ada dalam video berikut.

 

Walaupun begitu, saya cadangkan agar anda fokus kepada satu jens atau teknik promosi sahaja terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi jika anda masih baru dalam bisnes online affiliate ini.

Ketahui Mengapa CTA Komen PM di Fb Page Hanya Rugikan Peniaga Pesbuk

jomfb sofware autopm

Ramai peniaga facebook buat iklan dan letak call to action (CTA) minta suruh prospek komen “PM” , teknik ni bagus untuk seller sebenarnya. Lagi-lagi yang ada buat iklan berbayar  fb ads.

 

Tak di nafikan lagi cara ni terbukti berkesan untuk viralkan lagi iklan fb ads anda.

 

Reach meningkat, engangment meningkat, kos iklan untuk fb ads akan jadi murah.

 

Trend membuat iklan separah gantung tanpa maklumat lengkap dan meminta prospek untuk komen PM,PM ni bukanlah satu masalah yang besar.

 

Yang jadi masalah dari ramai-ramai seller yang yang suruh komen PM tu, tak sampai separuh yang akan balas komen tu….

 

jomfb_sofware_autopm
Komen PM prospek tidak di balas?

 

 

Sebagai peniaga… 

Nak berniaga, buat cara nak berniaga…

 

 

Dah suruh komen PM,  sebagai seller haruslah PM setiap orang yang dah komen “PM” kat status korang itu…

Sebab, korang dah suruh mula-mula.

 

 

jomfb_sofware_autopm
Dah suruh komen PM, sebagai seller haruslah PM setiap orang yang dah komen “PM” kat status korang itu… bertabah lah…

 

 

Dan bila ramai marah dan maki sebab tak dapat balasan PM dari korang.

Memang sah-sah korang bersalah…..see…

 

“Customer is king”

Pernah dengar kan istilah ni..

dalam kes ni memang terang-terang seller yang salah..so jangan nak meng”hijau” pulak bila dapat apa yang anda hajatkan tu…

 

(memang objektif anda minta prospek komen PM, supaya lebih ramai orang buat benda yang sama kan..)

 

 

Dari niat asal tadi nak berniaga dapat untung, last-last dah jadi sakit hati pulak kan..

 

Sebagai munasabah dan ingat-mengigati sesama seller online, untuk penjual sila PM walaupun hakikatnya korang dapat 1000 komen yang dah susah payah komen ” PM!” tak kiralah diorang berminat nak beli atau saja-saja nak komen pm.

 

Dari kajian terhadap pelanggan di Malaysia yang suka shopping barang di facebook, prospek ni memang pantang betul kalau seller buat 2 perkara ni :

 

1.Lambat respond dan buang masa pelanggan

Jangan kata pelanggan, diri kita sendiri pun dah tentu tak suka layanan yang lembab dan lambat.

Bukan sahaja nafsu nak membeli tu  dah bekurang, lagi teruk pelanggan anda lari ke peniaga yang lain.

 

Kalau awal-awal pun dah gagal nak yakinkan prospek, memang susah nak dapat close  sales.

 

2.Tidak berikan respon terhadap komen PM

Lagi terukk…mungkin sebab anda tak cukup tangan dan tak larat nak respon bila jumlah komen PM dah cecah 900

Atau pun sebab anda buat bisnes ni sendiri, anda la tukang buat iklan,tukang balas komen,tukang bungkus barang… so kesibukan itu hanya anda yang tahu

 

 

Untuk korang yang agak-agak ada masalah macam yang saya sebutkan di atas tadi , mungkin pernah terfikir 2 idea ni..

 

 

#Idea1 Buat skrip khas dan copy paste..

Idea ni mungkin anda boleh pakai jika komen sehari tak lebih dari 100 komen dan anda fulltime buat bisnes online ni..

 

Lebih dari tu serius, mula-mula mungkin anda teruja nak balas semua komen PM prospek.. Tapi lama-lama nanti anda akan jadi slow, stress…

 

Sakit jari…dan jugak sakit hati bila dah reply banyak komen mestilah kita pun berharap banyak sales yang sangkut..,ni  blue tick  je banyak…

 

 

 

 

 

….

#Idea2 Hire Staff Part Time

Yang ni sesuai kalau bisnes anda dah stabil sikit dan dah ada untung.

 

Cumanya yang hendak kerja part time ni student selalunya. Nak hire student ni pulak, bukan semua..tapi kebiasanya diorang ni sibuk dengan hal-hal study..

 

Aktiviti kampus lagi.. last last masalah 2 x 5 je dengan tak da staf… diorang pun ada limit..bila dah banyak sangat aktiviti tu, memang tak terjaga jugak la komen-komen dari prospek tu..
.
Kesimpulanya respon yang pantas untuk balas setiap komen PM prospek adalah saaangat penting terutama untuk anda yang berniaga di facebook secara long term…

 

 

First impression sebagai seller kepada prospek akan akan beri impak yang besar kepada kelangsungan urus niaga anda dengan prospek dan bakal pelanggan anda..

 

 

Dan sebenarnya ada satu idea lagi lebih efektif untuk pastikan semua komen-komen PM dari prospek di facebook page anda dapat dibalas dengan sepantas 10 saat 24jam/7hari seminggu.

 

Iaitu dengan menggunakan software auto komen

 

 

Rahsia Bagaimana Akak Berumur 50 Tahun Ini Hasilkan RM3920 Dalam Masa 3 Hari Hanya Dengan Jual Ebook Beliau

kak zaleha

 

Artikel kali ni saya nak kongsikan sedikit tentang rahsia akak yang dah masuk usia 50 tahun dan berjaya buat jualan RM3920 dalam masa 3 hari dengan hanya jual ebook.

 

 

Beliau yang saya maksudkan disini ialah Kak Zaleha. Untuk makluman beliau ni bukanlah dari golongan it. Beliau merupakan seorang usahawan yang dah menjual kek hasil tangan beliau sendiri sejak 2005 lagi.

 


Dari hanya menjual kek bajet rendah seperti kek pandan, kek mentega, kek oren dan kek pisang, beliau mengorak langkah lebih jauh dengan menghasilkan kek-kek jenis premium.

 

 

Kiranya kak Zaleha ni memang minat dan mahir bab-bab buat kek ni….

 

 

Berdasarkan kemahiran dan pengalaman kak Zaleha dalam menjalankan bisnes kek, beliau terdetik untuk berkongsi pengalaman beliau pula..

 

 

Ini pun sebab banyak pelanggan-pelanggan, kawan dan kenalan beliau minta beliau kongsikan cara-cara nak buat kek yang sedap..

 

 

Setelah lama berkecimpung sebagai usahawan kek ni, kak Zaleha pun terdetik lah untuk berkongsikan resepi-resepi kek beliau..

 

Namun beliau masi tercari-cari cara bagaimana cara mudah untuk beliau kongsikan pengalaman beliau kepada suri-suri rumah, graduan universiti yang berminat nak buat duit tambahan dengan buat kek, dan mereka yang berminat untuk buat bisnes kek ni..

 

Nak buat kelas, memang dah tak larat sekarang ni pun memang dah tak cukup tangan nak handle bisnes kek sedia ada, selain faktor usia…

 

 

Nak buat buku, banyak kos yang kena tanggung, kos nak cetak lagi, nak cari kilang lagi..

Dah makin banyak kerja pulak jadinya….

 

 

Last sekali akak zaleha terbaca tentang rahsia bisnes “ebook” dari Cikgu Hafis

Kak Zaleha pun belajar lah cara nak buat ebook..

 

 

Dengan cara ni lebih mudah untuk Kak Zaleha berkongsi segala kemahiran dan pengalaman mengenai bisnes kek yang beliau usahakan..

 

Hanya perlu keluarkan idea, taip, isi gambar dalam Microsoft word  kemudian convert file jadi pdf (yang ni pun sebenarnya kak Zaleha minta bantu dengan anak saudara tolong taipkan, kak Zaleha hanya tulis resepi tu dalam kertas, sebab tak berapa mahir sangat guna Microsoft Office ni) ….siap

 

 

Beliau hanya buat kerja-kerja menghasilkan ebook ni di rumah, jika ada masa terluang..
Jadi tak dah la menggangu masa beliau untuk uruskan bisnes kek sedia ada..

 

Dan hasilnya dengan menjual ebook tersebut, beliau telah meraih jualan sebanyak RM3920 dalam masa 3 hari secara online dengan strategi X..
Rahsianya ebook hot + recruit ajen affiliate

 

Ebook Kak Zaleha yang telah berjaya menjana jualan sebanyak RM3920 dalam masa 3 hari ialah Ebook Resepi Bisnes Kek.

rahsia bisnes ebook
Ebook Resepi Kek Bisnes – Kak Zaleha

 

Dalam ebook ni kak Zaleha berkongsi tentang ;
ALATAN ASAS KEK Membuat & Menghias Kek
Resipi COKLAT GANACHE
8 RESIPI Kek yang Sesuai untuk DOOR GIFT
6 RESIPI Kek PREMIUM yang SANGAT ENAK
2 RESIPI Kek EVERGREEN yang DEMAND TINGGI
STEP By STEP untuk Buat SETIAP RESIPI Kek

…..
Berdasarkan kajian jumlah carian tentang cara buat kek menerusi google menggunakan tools google keyword planner,
Carian sebulan antara 1K-10K carian…

 

Keyword Carian Cara Buat Kek Di Google
Keyword Carian Cara Buat Kek Di Google

 

 

Ebook beliau ini dijual dengan harga bermula dengan RM80 semasa pra pelancaran dan kini berharga RM120..
Mari kita buat sedikit analisis kasar tentang bagaimana ebook kak Zaleha boleh terjual sebanyak RM3920 dalam masa hanya 3 hari..

 

Untuk dapatkan RM3920 jualan dalam masa 3 hari , kak Zaleha perlu mendapatkan sebanyak 32-33 orang pembeli dalam masa 3 hari minimum..

 

RM3920/ RM120 = 33

 

Bermaksud,dalam sehari kak Zaleha perlu mendapatkan hanya

33 Orang / 3 hari = 10 orang pembeli.

 

Untuk orang baru dalam industri bisnes ebook dan perniagaan internet ni, bukan mudah untuk kak Zaleha dapat walau satu jualan untuk ebook beliau..

 

Namun berkat ikut yang beliau belajar tentang rahsia bisnes ebook, beliau telah aplikasikan ilmu tersebut untuk jualan ebook beliau.
Untuk mendapatkan jualan ebok dengan mudah, kak Zaleha hanya perlu untuk recruit ejen-ejen affiliate beliau untuk promosikan ebook resepi kek bisnes beliau secara online menerusi group facebook sahaja..

 

Kak Zaleha buka pendaftaran sebagai ejen affiliate secara percuma sahaja dan akan membayar komisen sebanyak RM50 untuk ejen affiliate yang berjaya menghasilkan jualan.

 

total sales ebook kak zaleha
Total Sales Ebook Kak Zaleha Terkini Yang Berjaya Di Jual OlehTop 10 Ejen Affiliate Beliau Sahaja.

 

 

Ejen-ejen affiliate ini pula lebih mudah diurus, kerana mereka sudah terdedah dan tahu bagaimana untuk mempromosikan produk ebook ni secara online.

 

Jadinya kerja kak Zaleha hanya tunggu duit masuk sahaja…

 

 

Apa yang ada dalam ebook resepi kek bisnes ini semuanya berdasarkan pengalaman dan kemahiran kak zaleha .

….

Kredit kepada Cikgu Hafis dan Kak Zaleha

….

Kesimpulannya, tujuan artikel ini untuk bantu buka mata anda macam mana nak buat duit berdasarkan pengalaman dan idea yang anda ada.

 

Kalau orang lain boleh buat, maknanya anda pun boleh buat. Jangan banyak bagi alasan.

 

Jangan tunggu sampai dah terdesak perlukan duit baru anda nak mulakan bisnes. Waktu anda tak perlukan duitlah anda bina skill and knowledge buat duit dengan bisnes ebook ni.
Keduanya, kalau anda ada modal, jangan kedekut dan berkira nak laburkan pada majlis ilmu dan bahan-bahan ilmiah.. semua pelaburan anda pada knowledge takkan merugikan anda. malah akan datang memang ilmulah yang akan bantu anda. Biar kita miskin harta, tapi tak miskin budi bahasa dan ilmu yang bermanfaat.

…………
Jika anda berminat untuk belajar rahsia bisnes ebook yang lumayan, rakan saya Cikgu Hafis ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes ebook .

 

 

Ada 2 Pakej anda boleh pilih ;

1.RM250 Sahaja

  • MODUL 1: BRAINSTROM IDEA EBOOK RM5ANGKA
  • MODUL 2: STEP BY STEP PRODUCT CREATION
  • MODUL 3: TEKNIK & STRATEGI PRE LAUNCH
  • MODUL 4: TEKNIK & STRATEGI MEGA LAUNCH
  • BONUS 1: FB MOBILE LIST
  • BONUS 2: KOLEKSI AYAT EMAIL MARKETING
  • BONUS 3: KOLEKSI 43 AYAT SALESCOPY RM5ANGKA

 

2.RM300 sahaja

  • MODUL 1: BRAINSTROM IDEA EBOOK RM5ANGKA
  • MODUL 2: STEP BY STEP PRODUCT CREATION
  • MODUL 3: TEKNIK & STRATEGI PRE LAUNCH
  • MODUL 4: TEKNIK & STRATEGI MEGA LAUNCH
  • BONUS 1: FB MOBILE LIST
  • BONUS 2: KOLEKSI AYAT EMAIL MARKETING
  • BONUS 3: KOLEKSI 43 AYAT SALESCOPY RM5ANGKA
  • VIDEO RAHSIA BISNES EBOOK ADVANCE
  • EXCLUSIVE FB SUPPORT GROUP
  • 4 WEEKS ONLINE GROUP COACHING

 

>>Boleh klik sini untuk tempahan<<

 

PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh hasil menjual ebook daripada ilmu yang anda peroleh daripada panduan ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!

Tips Bagaimana Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account

Tips Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account

Sebelum saya berkongsi mengenai tips bagaimana cara pantas dapatkan akaun google adsense full account ni, mungkin anda perasan beberapa perubahan baru di blog saya ni.

 

Salah satu perubahan tersebut, blog saya kini sudah di hiasi dengan iklan-iklan Google Adsense. ^^,

 

Dan sudah tentunya dengan adanya kewujudan dan penampakan iklan google adsense di blog saya ni, memudahkan saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada mengenai tips google adsense.

 

Takut-takut nanti di label cakap tak serupa bikin. Bukan apa, baru-baru ni sahaja saya terima satu email, dari email tersebut saya dapat cam beliau merupakan seorang anggota Polis Di Raja Malaysia.

 

Beliau bertanyakan tentang cara untuk mendapatkan panduan rahsia uber. Selain beliau, ramai jugalah yang ada bertanya pasal rahsia uber ni…

 

Tapi yang ni saya muskil sebab guna email domain dari PDRM…Fuhh..Ketar jugak lutut ni abam….

 

Oit…chop… nanti la kalau  tak malas saya cerita bab tu..

 

Berbalik kepada topik kali ni iaitu Tips Bagaimana Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account.

 

Tips ini saya dapat hasil perkongsian di group WhatsApp bro HH (group WhatsApp tu masih wujud agaknya cuma di sebabkan admin dah keluar, saya pun turut keluar dari group tersebut…)

 

 

Perasan tak iklan yang muncul di blog ni?

 

Ya sudah semestinya iklan-iklan google yang muncul ni merupakan hasil dari akaun google adsense full account saya.

 

Tips Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account

 

  1. Akaun goole adsense full account saya tu menggunakan domain berbayar itu dot com. Bukan dari blogger atau dari blog wordpress.com
  2. Semasa saya daftar akaun google adsense, blog saya telah berusia setahun lebih dan ada kurang dari 10 artikel yang sudah publish.
  3. Blog 1oo% Bahasa Melayu.
  4. Blog saya juga telah dikujungi oleh lebih 1000 pelawat secara keseluruhan dan bukannya secara bulanan.
  5. Mempunyai page menu,disclaimer,hubungi.

 

 

Sebelum saya mendapat akaun google adsense full account, sudah tentu saya akan mendapat akaun google adsense non hosted terlebih dahulu.

 

Ada beza antara kedua-dua akaun google adsense ni. Dan sudah semestinya dengan memiliki akaun Google Adsense full account mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding non hosted.

 

Antaranya dengan satu akaun google adsense, kta boleh letakkan iklan di seberapa banyak blog atau website yang kita ada.

 

Tips Bagaimana Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account
Surat dari Google Mengandungi Nombor Pin Untuk Sebagai Pengesahan Akaun Adsense

 

Langkah Mendaftar dan Mendapatkan Akaun Google Adsense Full Account

 

Langkah 1#Daftar Akaun Google Adsense Non Hosted Melalui Youtube

 

Untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi proses untuk mendapatkan akaun penuh google adsense, saya terlebih dahulu mendaftar akaun adsense melalui youtube adsense.

 

  1. Gunakan email yang sama dengan email yang digunakan untuk login kepada blog yang hendak di daftarkan akaun google adsense. Pastikan guna email dari akaun gmail
  2. Masukkan detail yang tepat dan benar mengenai maklumat profile diri anda termasuk alamat pos anda. Ini penting kerana pihak google akan menghantar sepucuk surat kepada anda nanti untuk tujuan pengesahan. Surat tersebut mengandungi kod pin untuk anda masukkan dalam akaun google adsense anda. Selepas memasukkan kod tersebut barulah anda boleh menerima bayaran dari pihak google.

 

 

Langkah 2# Daftar Akaun Admob dan Hubungkan Dengan Akaun Youtube Adsense

Selepas tempoh sehari, dalam anggaran saya 12 jam, kerana pada ketika saya buat proses ini bermula dari jam 9:00 malam, berlarutan hingga ke subuhnya.

 

Jika anda ada buat carian di google tentang cara pantas mendapatkan akaun google adsense, pasti anda pernah terbaca tips untuk mendaftar akaun google adsense melalui pihak ketiga.

 

Di sini saya telah mendaftar akaun admob untuk tujuan tersebut.

  1. Masih menggunakan akaun gmail yang sama untuk mendaftarkan akaun youtube adsense.
  2. Daftar dan masukkan maklumat yang sama seperti mana anda memasukkan butiran profile di akaun youtube adsense.

 

Kurang 24 Jam Dapat Akaun Google Adsense Full Akaun.

 

Ya memang tak silap lagi selepas saya siap proses di atas dalam masa kurang 24 jam saya telah menerima email makluman dari pihak google bahawa permohonan saya untuk upgrade akaun adsense dari non hosted kepada akaun goole adsense full account telah diterima…

 

Yessss….yahooo!

 

Gembiranya hati, bukan seolah-olah (cakap ikut slang Sabah), memandangkan ni la kali pertama saya membuat permohonan untuk mendapatkan akaun google adsense dan berjaya…

 

Gembira yang tak terkata, mana tidaknya sudah lama saya memerhati dan mendengar keluhan-keluhan dari blogger-blogger tak kira yang lama, mahupun yang baru tentang kepayahan dan kesukaran untuk mendapatkan akaun google adsense.

 

Langkah 3#Daftarkan Blog dan Jana Trafik

 

Walaupun permohonan saya telah diterima, saya masih belum boleh memasang iklan adsense pada blog saya.

 

Langkah seterusnya, lengkapkan permohonan untuk memaparkan iklan pada blog utama. Blog yang menggunakan domain dot com.

 

Hanya selepas 5 hari kemudian saya menerima makluman dari pihak google adsense bahawa iklan kini sudah boleh dipaparkan pada blog saya.

 

Dalam tempoh menunggu ini, saya telah menambah dua, ketiga artikel yang panjang lebar melebihi 500 patah perkataan.

 

Ini untuk memastikan Google tidak berbelah bagi untuk menerima permohonan saya dan menunjukkan saya serius untuk menjadi salah seorang publisher kepada iklan-iklan google menerusi blog…

 

 

..dan pada hari ke-5 maka iklan google adsense yang saya letakkan pada blog, mula memunculkan diri sehingga ke hari ini…syukur alhamdullilah..hehe

 

Tips Bagaimana Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account_1
Email Makluman dari Pihak Google Adsense Menyatakan Iklan Sudah Keluar Pada Blog

 

Cara Pantas dan Mudah Dapatkan Akaun Google Adsense Selain Cara Ini

Lain orang lain padang… mungkin ini cara yang paling pantas untuk saya, namun mungkin tidak berapa nak menjadi untuk anda.

 

So, adakah cara yang lagi pantas untuk dapatkan akaun google adsense??

 

Ada….

 

Caranya dengan membeli akaun google adsense dari pemilik-pemilik akaun google adsense. 😛

 

Cumanya ada banyak risiko lah terutamanya untuk milikan akaun google adsense dari kaedah ini. Antara perkara buruk yang mungkin boleh terjadi ;

 

  1. Sukar nak cari pemilik akaun yang jujur dan boleh dipercayai.
  2. Akaun google adsense tidak kekal lama. Banyak kes, terutama akaun-akaun adsense yang di beli menggunakan id dari negara seberang
  3. Tidak tahu status masa lalu akaun. Ini jugak penting, sebab kita tak tahu bagaimana pemilik asal telah gunakan akaun tersebut. Contohnya pernah guna terknik blackhat, whitehat, greyhat….dan macam-macam lagi cara yang Google tak suka.

 

Duit punya pasal, macam-macam idea dan cara orang boleh buat.

 

Ha..banyak lagi la risiko lain. Bukan semua tak bagus, tapi yang bagus ni sukar di cari.  Umpama mencari gadis melayu terakhir la katakan.

 

 

Tapi untuk anda yang dah lama teringin dapatkan akaun google adsense, dah cuba pelbagai cara tapi masih tak berhasil…

 

Ni ada berita yang bakal memgembirakan hati-hati yang telah lama memendam rasa.

 

Anda boleh cuba guna tips Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account yang saya dah tulis secara panjang lebar ni..

 

Cuma jika anda masih rasa blurr dengan penerangan saya yang agak berterabur, mohon maaf…la ya…

 

Saya tahu ada seorang otai yang memang dipercayai oleh blogger-blogger kita ni.

 

Sejak sekian lama dan selalu bereksperimen mengenai google adsense ni, iaitu Tuan Raja Google Adsense

 

Beliau juga bukanlah orang calang-calang dalam dunia adsense ni. Jika anda serius, anda boleh belajar dari beliau menerusi panduan beliau Raja Google Adsense .

 

 

 

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada anda.. Semoga anda berjaya mendapatkan akaun Google Adsense anda..

Xiaomi Redmi 4a Smartphone Pilihan Usawahan Online

xiaomi redmi 4a smartphone terbaik pilihan usahawan online

Xiaomi Redmi 4a Smartphone Pilihan Usawahan Online.Sejauh mana fungsi dan spesifikasi smartphone Xiaomi Redmi 4a ni boleh di claim sebagai smatrphone pilihan usahawan online, dan mungkin saja ianya hanya pendapat saya sendiri.

Xiaomi Redmi 4a baru saja dilancarkan di Malaysia pada 18 Februari 2017 yang lalu di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Sebagai seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara online, sudah menjadi satu perkara wajib memiliki smartphone yang mempunyai fungsi dan kriteria-kriteria yang boleh memudahkan kita untuk membuat aktitivi pemasaran online selain membalas mesej bakal pelanggan dengan lancar.

 

5 Kriteria Mengapa Xiaomi Redmi 4a Smartphone Pilihan Usahawan Online

Sebagai seorang usahawan online, sudah tentu salah satu fungsi yang sangat utama dan wajib ada ialah smartphone tersebut boleh berfungsi untuk melayari internet dengan lancar dan pantas.

 

1.Bateri Xiaomi Redmi 4a tahan lama (3120mAh)

Dan kita semua sedia maklum penggunaan smatrphone untuk tujuan seperti melayari internet, melayari media sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsApp, telegram dan sebagainya pasti akan menyebabkan bateri cepat habis.

 

Jangan bimbang Xiaomi Redmi 4a memang telah dibekalkan dengan bateri tahan lama berkapasiti 3120mAh. Dalam mode stanby smartphone Xiaomi Redmi 4a mampu bertahan selama 7 hari.

 

Anda sendiri boleh baca review salah seorang yang dah gunakan smartphone Xiaomi Redmi 4a ni. Dalam perkiraan saya,penggunaan beliau boleh dikatakan hard core juga, ya la mungkin beliau nak test power smartphone baru Xiaomi Redmi 4a lah katakan…

Baca di sini review beliau..

 

2.Kamera Xiaomi Redmi 4a (13mp belakang 5mp depan)

 

Xiaomi-redmi-4a-smartphone-pilihan-usahawan-online

Salah satu benda wajib dan penting untuk usahawan online dalam buat iklan bergambar, kenalah gunakan gambar yang menarik dan jelas. Gambar yang unik datangnya dari gambar yang kita ambil sendiri.

 

Takkan nak copy paste dari google ja. Lebih-lebih lagi jika kita menjual produk fizikal seperti baju,kasut,tudung dan sebagainya. Keupayaan kamera Xiaomi Redmi 4a ni kira standard dengan kamera smatrphone yang lain yang jauh lebih popular.

 

3.Fungsi Dual Apps Dalam Satu Smartphone

Ok,Xiaomi Redmi 4a dengan fungsi Duall apps, mungkin ini smatrphone pertama yang mengetengahan fungsi untuk membolehkan dua aplikasi sama di dalam satu smartphone.

 

Ini bermakna anda boleh meletakkan 2 akaun whatsApp, 2 akaun facebook atau apa-apa sahaja aplikasi sekaligus dalam satu smartphone.

 

Fungsi ini menarik minat saya sendiri. Dengan fungsi dual apps ini maka tidak syak lagi mengapa Xiaomi Redmi 4a menjadi smartphone pilihan usahawan online.

 

Dengan ini dah boleh guna dua akaun whastApp satu untuk peribadi satu lagi khas untuk bisnes. Tak perlu keluar kos untuk beli 2 smartphone.

 

Selain itu anda boleh lihat maklumat lanjut spesifikasi lain smartphone Xiaomi Redmi 4a ni seperti di bawah :-

 

xiaomi redmi 4a smartphone specification

xiaomi redmi 4a smartphone specification

 

Harga Xiaomi Redmi 4a Di Malaysia

Setakat post ini di tulis harga smartphone Xiaomi Redmi 4a ni hanya RM459. Agak berpatutan dan sangat berbaloi jika dibandingkan dengan spesifikasi Xiaomi Redmi 4a ni kan.

Jika berminat bolehlah selongkar harga Xiaomi Redmi disini

Strategi Meroket Jualan :Bagaimana Tingkatkan Jualan Tanpa Guna Fb Ads ?

Pernah dengar tentang strategi meroket jualan? Jika anda berminat nak belajar bagaimana nak tingkatkan jualan tanpa Fb Ads dan zero cost tanpa sentuh langsung duit untuk iklan fb ads, Strategi Meroket Jualan adalah salah satu cara terbaik terutamanya untuk newbie yang masih baru dalam bisnes dan pemasaran online. Strategi ini telah di rangka oleh tuan Hafizi Zain.

 

Strategi Meroket Jualan Tanpa Fb Ads

Jangan baca panduan ini jika anda mengharapkan sesuatu yang baru dan teknik-teknik yang advance. Pasti anda kecewa.

Tiada magik dan tiada perkara baru yang di kongsikan dalam strategi meroket jualan ini. Serius!

 

Tapi strategi ini pasti akan menyelamatkan ratusan malah ribuan duit anda untuk kos pemasaran online dengan fb ads. Itu pasti.

 

Kebanyakanya perkara asas, cuma ramai yang tak ambik kisah dan praktik betul-betul.. sebab terlalu taksub sangat nak kejar ilmu tahap tinggi.. sampai kesudah tak da tindakan. (Termasuklah diri saya sendiri…hahaha)

 

5 Strategi Meroket Jualan

Apa yang terkandung dalam startegi ni, tuan Hafizi Zain terangkan 5 topik penting bagaimana beliau rangka pemasaran online tanpa fb ads dan zero cost yang boleh diikut oleh orang-orang baru yang langsung tidak pernah belajar dan tahu selok-belok dalam bisnes dan pemasaran online.

 

1.Strategi Gerilla Marketing

Teknik marketing menggunakan facebook,tanpa kos dan tanpa guna fb ads

 

2.7 Step Dalam #MeroketJualan

Dalam strategi ni tuan Hafizi Zain terangkan bagaimana nak tingkatkan jualan dan kembangkan rangkaian

 

3.Strategi Menjual Tanpa Menjual

Faham ke faham?? 😀  Teknik ni akan berkongsi bagaimana menjual dengan cara soft selling. Cara yang lebih friendly di media sosial facebook terutama jika menjual di facebook profile tanpa nampak sangat nak menjual. Anda sendiri pasti muakan kalau kerap kali nampak posting menjual dari rakan facebook anda.

 

Dalam ini ada dikongsikan idea-idea bagimana tuan Hafizi Zain buat ayat jualan tanpa nampak pun kita sedang menjual a.k.a soft selling.

 

4.Teknik Mengenal Pasti Lubuk-Lubuk Sasaran

Supaya lebih mudah untuk anda mendapatkan jualan, bukankah lebih mudah menjual kepada mereka yang kita sudah tahu perlukan produk kita? Berbanding kita menjual ditempat yang tiada seorang pun yang perlukan produk kita?. Jadi dalam strategi ni anda juga akan dikongsikan bagaimana cara sebenar nak tahu lubuk-lubuk customer yang berpotensi untuk membeli produk kita..

 

5.Teknik Closing Gaya #Meroket

Ni adalah jurus terpenting yang tuan Hafizi Zain kongsikan kepada mentee beliau dalam OBAC yang mana 8 daripada 20 mentee beliau berjaya menghasilkan jualan tertinggi ribuan ringgit dalam masa 6 minggu (masuk carta top 10)

 

strategi meroket jualan
Strategi meroket jualan

 

Bonus Tambahan

Untuk melengkapkan strategi meroket jualan ini juga, ada 4 bonus tambahan lagi disediakan khas untuk pembeli ebook strategi meroket jualan klik sini untuk maklumat lanjut

 

P/s: Harga panduan ini juga bakal dinaikan pada 09 Mac 2017.

Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Affiliate Marketing RM3 Ke RM4 Angka Sebulan

buat duit dengan affiliate

Siapa lagi nak tak tahu bagaimana cara buat duit dengan affiliate marketing 2017 ni?. Untuk anda yang baru saja menjelajah ke blog ni, welcome, selamat datang…anda juga boleh baca artikel bertajuk  Apa Itu Affiliate Marketing yang pernah saya tulis pada tahun 2016 yang lalu.

 

Ramai usahawan-usahawan internet di Malaysia mencipta nama dan melakar kejayaan dalam persada bisnes online melalui kejayaan dalam affiliate marketing.

 

Affiliate marketing juga merupakan satu cara untuk buat duit dengan “pantas” dan “mudah” jika anda sudah tahu selok-belok tentang cara buat duit dengan affiliate marketing ini.

 

Dan ini adalah bisnes sebenar, salah satu cabang bisnes online yang anda boleh sertai sama ada dengan percuma atau berbayar buat sesetengah program affiliate. Tujuanya untuk menapis hanya mereka yang benar-benar boleh berikan komitmen dan serius untuk buat duit dengan affiliate yang dianjurkan oleh penganjur.

 

Jika anda bertuah, anda juga boleh saksikan bagaimana ejen-ejen affiliate menghasilkan jualan yang banyak RM3 ke RM4 angka, malah boleh pergi ke 5 angka dalam masa yang singkat terutamanya jika penganjur membuat cabaran affiliate.

 

 

Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Afiiliate Marketing

Ada banyak cara sebenarnya untuk buat duit dengan affiliate marketing ni.

 

Antaranya :-

1.Melalui blog

Tulis artikel mengenai masalah yang dan kelebihan yang boleh diselesaikan oleh produk affiliate yang anda promosikan. Seterusnya selitkan link affiliate anda pada artikel tersebut.

 

2. Facebook

Lebih kurang seperti blog, anda kongsikan tips-tips berkaitan dengan produk affiliate yang anda promosikan pada wall satus profile facebook anda. Lebih bagus lagi sekiranya anda sendiri kongsi pengalaman anda sekiranya sudah dapatkan produk yang anda bakal promosikan itu tadi.

 

Cara ini, anda lebih yakin dan mudah untuk membuat promosi kerana anda berkongsi melalui pengalaman anda sendiri mengunakan produk yang anda promosikan itu sendiri.

 

3.Sediakan Bonus

Ini juga antara salah satu cara yang paling berkesan sekiranya anda nak buat duit dengan affiliate dengan mudah dan pantas.

 

Anda boleh berikan bonus tambahan kepada mereka yang membeli produk affiliate yang anda promosikan melalui link affiliate anda.

Cara ini selalunya berkesan. Lebih-lebih lagi jika bonus yang anda tawarkan itu lebih bernilai atau berkaitan dengan produk affiliate yang anda promosikan.

 

Kelebihan Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Buat duit dengan affiliate marketing ni sebenarnya lebih mudah dari menjual produk fizikal, atau dropship kerana :-

 

 

1.Anda hanya perlu promosikan link affiliate anda yang unik. Sekiranya ada orang yang membuat belian melalui link affiliate anda, anda akan mendapat bayaran.

 

2.Komisen untuk affiliate ni selalunya 50% ke atas dari harga produk. Contohnya sekiranya anda promosikan produk berharga RM100, komisen anda untuk 1 jualan ialah RM50… bayangkan jika anda dapat hasilkan 30 jualan berapa komisen yang anda bakal dapat… 🙂

 

3.Tidak perlu risau pasal produk. Kerana segala masalah yang disebabkan produk, akan menjadi tanggungjawab penganjur.

 

 

4.Bila-bila masa sahaja anda boleh dapat jualan walaupun jam 1:00pagi. Dengan syarat anda ada lakukan promosi. Ya tugas anda sebagai ejen affiliate adalah untuk promosikan link affiliate anda. Itu sahaja.

 

5.Boleh buat dimana-mana asalkan anda boleh online. Boleh saja promosikan melalui media sosial seperti group whatsapp, telegram,instagram dan lain-lain.

 

Jika ada pelanggan bertanya berkaitan produk yang anda promosikan, anda boleh bagi jawapan dan ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan anda, terhadap anda untuk membeli menerusi anda.

 

Buat Duit Dengan Affiliate? Betulkah Boleh Buat Duit

 

buat duit dengan affiliate marketing
Email makluman berjaya buat jualan produk affiliate

 

Memang rugi sekiranya anda tidak cuba untuk buat duit dengan affiliate ni. Awal tahun 2017 ni sahaja, ramai yang melancarkan produk affiliate. Sampai saya sendiri pun rambang mata nak sertai yang mana satu..haha..

 

Berminat Untuk Buat Duit Dengan Affiliate?

Tahniah untuk anda. Serius sekiranya anda berminat untuk belajar tentang cara buat duit dengan affiliate ni saya syorkan anda belajar dari yang betul-betul pakar dan memang buat duit dengan affiliate.

 

Panduan Affiliate Simple Tapi Power

Untuk anda yang bertanya, serius nak rasa buat duit dengan affiliate,tanpa modal besar dan tanpa pening karena pelanggan,tanpa perlu risau tentang produk, saya syorkan anda baca dan dapatkan panduan affiliate simple tapi power ni.

 

Antara yang anda akan belajar :-

1.Apa itu Affiliate (Penting Tahu)

2.Mana Nak cari program affiliate yang boleh dipercayai bukan SCAM!

3.Teknik promosi link affiliate (Khas untuk yang baru)

4.Cara promosi affiliate cara pro (Rahsia Oswald Justin buat jualan ribuan ringgit dengan produk affiliate)

5.Bagaimana nak konsisten buat duit dengan affiliate

 

Dan anda juga akan terima beberapa bonus sekiranya anda belajar dari beliau.

 

Saya sendiri berani rekomen untuk anda belajar buat duit dengan affiliate melalaui panduan tuan Oswald Justin ni. Kerana saya sendiri belajar dari beliau, dan anda sendiri boleh lihat antara result salah satu program affiliate yang kami sertai.

 

buat duit dengan affiliate
Bukti saya buat duit dengan affiliate dan hasilkan jualan RM4 angka

 

Ilmu yang beliau kongsikan serius simple tapi power. Sebab beliau selalunya bagi input yang jelas. Nasihat saya, cepat-cepat belajar dan gunakan ilmu dalam panduan buat duit dengan affiliate tuan Oswald Justin ni.

 

Saya doakan anda juga bakal melakar sejarah sendiri dan berjaya buat duit dengan affiliate.