Shopee Affiliate Cara Buat Duit Dengan Shopee

shopee affiliate program

Bagaimana cara buat duit dengan shopee affiliate program Malaysia. Bagi anda yang dah biasa buat duit dengan affiliate, rugi tak join. Mudah saja sebenarnya. Tak banyak beza cara buat duit dengan shopee affiliate program Malaysia ni.

Lagi-lagi pula boleh katakan hampir 90% rakyat Malaysia membeli belah di Shopee ni. Makna kata shopee ni tak asing lagi bagi orang Malaysia.

Shopee pulak, boleh kata hampir setiap bulan buat promosi besar-besaran. Peluang nak buat duit dengan affiliate shopee tu sangat besar.

Shopee merupakan laman ecommerce atau laman jualan nombor satu paling kerap dilawati oleh rakyat Malaysia.

shopee affiliate
Sumber : Similarweb

Bagi korang yang baru singgah ke blog aku ni, dan tak berapa jelas tentang macam mana nak buat duit dengan affiliate ni, korang boleh la baca artikel yang pernah aku tulis lama dulu tentang affiliate ni..

Apa itu affiliate

Buat duit dengan affiliate ni memang seronok dan lumayan jika kena dengan caranya. Tapi untuk perkongsian kali ini, aku akan ulas lebih kepada cara nak buat duit dengan program ni

Pengenalan Shopee Affiliate Program Malaysia

Sebelum bermula, ada beberapa perkara yang aku nak kongsikan dengan anda. Tujuanya biar korang jelas-sejelas jelasnya. Bagaimana cara yang betul buat duit dengan program ni. Supaya nanti usaha korang tak sia-sia. Sebab korang dah penat-penat iklan sana-sini, last-last tak kena bayar pulak. Tak pasal-pasal pulak korang marah dan cakap program ni penipu.

Untuk sertai program ni, ada dua cara. Satu melalui shopee itu sendiri. Kedua melalui InvoleAsia.

Cuma untuk kali ini aku hanya akan fokus pendaftaran melalui shopee terus. Kalau ada masa nanti, kemudian aku share pulak cara sertai program affiliate shopee ni melalui InvolveAsia k.

Syarat Daftar Affiliate

Sebelum bermula, korang kena tahu apa syarat untuk daftar affiliate program ni.

  1. Umur minimum untuk daftar program affiliate ni ialah 18 tahun
  2. Ahli perlu mengisi borang dan data peribadi yang diminta
  3. Tidak boleh melakukan iklan tidak beretika seperti SPAM
  4. Tidak boleh mengunakan robot untuk pengiklanan
  5. Medium pengiklanan tidak boleh menyalahi etika pengiklanan
  6. Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama yang diguna pakai jika ada pertikaian

Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat pendaftaran affiliate shopee boleh klik disini

Cara Daftar Shopee Affiliate Program Malaysia

Step 1

  1. Pertama sekali terus daftar melalui website shopee https://shp.ee/2n449f9
  2. Masukkan kod refferal 7GPPZ79
  3. Sign Up.
  4. Isikan borang pendaftaran.
  5. Korang boleh pilih akaun enterprise atau individual.
  6. Isikan email yang aktif. Klik send verification.
  7. Korang akan menerima kod verification melalui email korang.
  8. Isikan kod verification pada ruang verification code.

Step 2

  1. Pada ruangan your website link, masukan link website/blog/facebook/instagram atau media sosial korang yang ada. Dan korang berhajat untuk gunakan bagi tujuan promosi link affiliate korang nanti.
  2. Ruangan niche, korang boleh pilih select all, atau ikut niche yang anda berminat.
  3. Patner type , ruangan ni korang boleh la pilih Blogger/social media.
  4. Pendaftaran selesai. Semak semula permohonan korang selepas 5 hari waktu bekerja melalui email.

Komisen

Untuk makluman korang, komisen untuk setiap jenis kategori produk adalah berbeza. Korang boleh rujuk gambar di bawah.

  • New Customer – Bermaksud pelanggan yang pertama kali membuat belian di kedai shopee store tersebut
  • Exsiting Customer – Ialah pelanggan tersebut pernah membeli di kedai shopee yang sama sebelum ini

Komisen yang paling besar kebanyakan, hasil daripada pelanggan baru.

Cara Kira Komisen

Untuk kira berapa komisen affiliate, yang korang akan terima jika terdapat pemebelian melalui link affiliate shopee korang, korang boleh rujuk gambar di bawah ni

Pembayaran Komisen Shoppe Affiliate

Penting, untuk mengelakkan korang lewat menerima pembayaran, adalah digalakkan sebaik sahaja permohonan korang diterima, terus isikan siap-siap maklumat pembayaran korang.

Sekiranya pendaftaran anda diterima sebelum 20hb, anda perlu lengkapkan borang sebelum 20hb bulan yang berikutnya.

Borang Pembayaran Komisen Shopee Affiliate Program

Antara dokumen wajib anda upload untuk membolehkan bayaran di lakukan ;

  1. Gambar ic/passport depan belakang
  2. ‘Header’ Penyata Bank
Contoh “header” penyata bank

Kalau semua ni korang dah setelkan, korang dah boleh promosikan link affiliate korang. Ada macam-macam cara korang boleh cuba buat duit dengan program ni.

Cumanya pastikan korang buat secara berhemah dan jangan sesekali buat spam.

Jom belajar tambah pendapatan secara online, dengan buat duit dengan program affiliate shopee ni. Kalau korang ada apa-apa nak tanya atau nak bagi idea untuk next artikel aku tulis, korang boleh komen di bawah tau.

Loading

About Junaidy Jaimi 68 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

Be the first to comment

Leave a Reply