Sebelum saya berkongsi mengenai tips bagaimana cara pantas dapatkan akaun google adsense full account ni, mungkin anda perasan beberapa perubahan baru di blog saya ni.
Salah satu perubahan tersebut, blog saya kini sudah di hiasi dengan iklan-iklan Google Adsense. ^^,
Dan sudah tentunya dengan adanya kewujudan dan penampakan iklan google adsense di blog saya ni, memudahkan saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada mengenai tips google adsense.
Takut-takut nanti di label cakap tak serupa bikin. Bukan apa, baru-baru ni sahaja saya terima satu email, dari email tersebut saya dapat cam beliau merupakan seorang anggota Polis Di Raja Malaysia.
Beliau bertanyakan tentang cara untuk mendapatkan panduan rahsia uber. Selain beliau, ramai jugalah yang ada bertanya pasal rahsia uber ni…
Tapi yang ni saya muskil sebab guna email domain dari PDRM…Fuhh..Ketar jugak lutut ni abam….
Oit…chop… nanti la kalau tak malas saya cerita bab tu..
Berbalik kepada topik kali ni iaitu Tips Bagaimana Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account.
Tips ini saya dapat hasil perkongsian di group WhatsApp bro HH (group WhatsApp tu masih wujud agaknya cuma di sebabkan admin dah keluar, saya pun turut keluar dari group tersebut…)
Perasan tak iklan yang muncul di blog ni?
Ya sudah semestinya iklan-iklan google yang muncul ni merupakan hasil dari akaun google adsense full account saya.
Tips Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account
- Akaun goole adsense full account saya tu menggunakan domain berbayar itu dot com. Bukan dari blogger atau dari blog wordpress.com
- Semasa saya daftar akaun google adsense, blog saya telah berusia setahun lebih dan ada kurang dari 10 artikel yang sudah publish.
- Blog 1oo% Bahasa Melayu.
- Blog saya juga telah dikujungi oleh lebih 1000 pelawat secara keseluruhan dan bukannya secara bulanan.
- Mempunyai page menu,disclaimer,hubungi.
Sebelum saya mendapat akaun google adsense full account, sudah tentu saya akan mendapat akaun google adsense non hosted terlebih dahulu.
Ada beza antara kedua-dua akaun google adsense ni. Dan sudah semestinya dengan memiliki akaun Google Adsense full account mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding non hosted.
Antaranya dengan satu akaun google adsense, kta boleh letakkan iklan di seberapa banyak blog atau website yang kita ada.
Langkah Mendaftar dan Mendapatkan Akaun Google Adsense Full Account
Langkah 1#Daftar Akaun Google Adsense Non Hosted Melalui Youtube
Untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi proses untuk mendapatkan akaun penuh google adsense, saya terlebih dahulu mendaftar akaun adsense melalui youtube adsense.
- Gunakan email yang sama dengan email yang digunakan untuk login kepada blog yang hendak di daftarkan akaun google adsense. Pastikan guna email dari akaun gmail
- Masukkan detail yang tepat dan benar mengenai maklumat profile diri anda termasuk alamat pos anda. Ini penting kerana pihak google akan menghantar sepucuk surat kepada anda nanti untuk tujuan pengesahan. Surat tersebut mengandungi kod pin untuk anda masukkan dalam akaun google adsense anda. Selepas memasukkan kod tersebut barulah anda boleh menerima bayaran dari pihak google.
Langkah 2# Daftar Akaun Admob dan Hubungkan Dengan Akaun Youtube Adsense
Selepas tempoh sehari, dalam anggaran saya 12 jam, kerana pada ketika saya buat proses ini bermula dari jam 9:00 malam, berlarutan hingga ke subuhnya.
Jika anda ada buat carian di google tentang cara pantas mendapatkan akaun google adsense, pasti anda pernah terbaca tips untuk mendaftar akaun google adsense melalui pihak ketiga.
Di sini saya telah mendaftar akaun admob untuk tujuan tersebut.
- Masih menggunakan akaun gmail yang sama untuk mendaftarkan akaun youtube adsense.
- Daftar dan masukkan maklumat yang sama seperti mana anda memasukkan butiran profile di akaun youtube adsense.
Kurang 24 Jam Dapat Akaun Google Adsense Full Akaun.
Ya memang tak silap lagi selepas saya siap proses di atas dalam masa kurang 24 jam saya telah menerima email makluman dari pihak google bahawa permohonan saya untuk upgrade akaun adsense dari non hosted kepada akaun goole adsense full account telah diterima…
Yessss….yahooo!
Gembiranya hati, bukan seolah-olah (cakap ikut slang Sabah), memandangkan ni la kali pertama saya membuat permohonan untuk mendapatkan akaun google adsense dan berjaya…
Gembira yang tak terkata, mana tidaknya sudah lama saya memerhati dan mendengar keluhan-keluhan dari blogger-blogger tak kira yang lama, mahupun yang baru tentang kepayahan dan kesukaran untuk mendapatkan akaun google adsense.
Langkah 3#Daftarkan Blog dan Jana Trafik
Walaupun permohonan saya telah diterima, saya masih belum boleh memasang iklan adsense pada blog saya.
Langkah seterusnya, lengkapkan permohonan untuk memaparkan iklan pada blog utama. Blog yang menggunakan domain dot com.
Hanya selepas 5 hari kemudian saya menerima makluman dari pihak google adsense bahawa iklan kini sudah boleh dipaparkan pada blog saya.
Dalam tempoh menunggu ini, saya telah menambah dua, ketiga artikel yang panjang lebar melebihi 500 patah perkataan.
Ini untuk memastikan Google tidak berbelah bagi untuk menerima permohonan saya dan menunjukkan saya serius untuk menjadi salah seorang publisher kepada iklan-iklan google menerusi blog…
..dan pada hari ke-5 maka iklan google adsense yang saya letakkan pada blog, mula memunculkan diri sehingga ke hari ini…syukur alhamdullilah..hehe
Cara Pantas dan Mudah Dapatkan Akaun Google Adsense Selain Cara Ini
Lain orang lain padang… mungkin ini cara yang paling pantas untuk saya, namun mungkin tidak berapa nak menjadi untuk anda.
So, adakah cara yang lagi pantas untuk dapatkan akaun google adsense??
Ada….
Caranya dengan membeli akaun google adsense dari pemilik-pemilik akaun google adsense. 😛
Cumanya ada banyak risiko lah terutamanya untuk milikan akaun google adsense dari kaedah ini. Antara perkara buruk yang mungkin boleh terjadi ;
- Sukar nak cari pemilik akaun yang jujur dan boleh dipercayai.
- Akaun google adsense tidak kekal lama. Banyak kes, terutama akaun-akaun adsense yang di beli menggunakan id dari negara seberang
- Tidak tahu status masa lalu akaun. Ini jugak penting, sebab kita tak tahu bagaimana pemilik asal telah gunakan akaun tersebut. Contohnya pernah guna terknik blackhat, whitehat, greyhat….dan macam-macam lagi cara yang Google tak suka.
Duit punya pasal, macam-macam idea dan cara orang boleh buat.
Ha..banyak lagi la risiko lain. Bukan semua tak bagus, tapi yang bagus ni sukar di cari. Umpama mencari gadis melayu terakhir la katakan.
Tapi untuk anda yang dah lama teringin dapatkan akaun google adsense, dah cuba pelbagai cara tapi masih tak berhasil…
Ni ada berita yang bakal memgembirakan hati-hati yang telah lama memendam rasa.
Anda boleh cuba guna tips Cara Pantas Dapatkan Akaun Google Adsense Full Account yang saya dah tulis secara panjang lebar ni..
Cuma jika anda masih rasa blurr dengan penerangan saya yang agak berterabur, mohon maaf…la ya…
Saya tahu ada seorang otai yang memang dipercayai oleh blogger-blogger kita ni.
Sejak sekian lama dan selalu bereksperimen mengenai google adsense ni, iaitu Tuan Raja Google Adsense
Beliau juga bukanlah orang calang-calang dalam dunia adsense ni. Jika anda serius, anda boleh belajar dari beliau menerusi panduan beliau Raja Google Adsense .
Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada anda.. Semoga anda berjaya mendapatkan akaun Google Adsense anda..
Terima kasih di atas perkongsian info.. rasa malas nak fikir tentang adsanse ni buat masa sekarang..
Terbaiklah tuan… Tahinah!!
Lepas ni boleh jadikan blog sebagai sumber pendapatan pasif…
adsense kat youtube tak buat lagi…youtube pun tak tahu nak letak video apa.. haha
Tahniah! Selain kena jaga baik-baik akaun google adsense tu, saya syorkan JJ update blog ni dengan lebih kerap 😀
Dapatkan lagi banyak trafik. Lagi banyak trafik, In Shaa Allah income dari google pun akan naik
saje nak kongsi pengalaman saya..kes saya pelik sikit..saya dapat full account dulu barulah dapat yang hosted blogger..haha..kenape? saya pun tak tau..
Alhamdulillah dah dapat akaun Google Adsense..tinggal optimise dan jaga akaun ni baik-baik.. 🙂
memang pelik…thehaikal buat 2 akaun?
nice sharing
Terbaik! Boleh cuba teknik ni nanti nak apply AdSense 😀
Teringin betul nak dapatkan balik akaun google adsense ni. Nampak macam dah makin senang pula nak buat duit