Bisnes Affiliate Cara Mudah Mulakan Bisnes Tanpa Modal

Bisnes Affiliate Cara Mudah Mulakan Bisnes Tanpa Modal

Bagaimana cara memulakan bisnes affiliate tanpa modal? Sesiapa saja yang berminat untuk memulakan bisnes atau perniagaan tanpa modal, saya sangat syorkan untuk anda belajar tentang bisnes affiliate.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya melihat model bisnes affiliate di malaysia ini bukan lagi satu perkara yang terlalu baru diperkatakan. Ianya antara satu cara paling ideal bagi sesiapa saja yang berniat untuk memulakan bisnes tetapi asyik terbantut disebabkan terlalu memikirkan bagaimana untuk memulakan bisnes dengan modal yang sekian, sekian.

Saya juga syorkan anda untuk baca apa itu affiliate jika anda nak tahu asas tentang affiliate marketing.

Kelebihan Bisnes Affiliate

Anda ada idea untuk mulakan bisnes apa? Ramai yang tak tahu sebenarnya dengan bisnes affiliate, anda boleh mulakan hampir apa sahaja idea bisnes yang ada di Malaysia ini.

Malah ada yang telah berjaya jadikan bisnes affiliate jadi pembayar hutang. Termasuklah hutang PTPTN.

Termasuklah bisnes berbentuk servis,perkhidmatan, jual produk fizikal mahupun produk digital.

Ini juga cara paling mudah untuk anda menjadi ejen jualan untuk syarikat-syarikat besar seperti Lazada . Hanya perlu promosikan apa-apa produk yang terdapat dalam website mereka, dan anda akan di bayar komisen untuk setiap produk yang berjaya mendapat jualan.

Contohnya anda boleh promosikan salah satu produk best seller lazada seperti Sony A6000 w/16-50mm Mirrorless Digital Camera Silver .

Sony A6000 w16-50mm Mirrorless Digital Camera Silver

Produk ini berharga RM 2,699.00. Komisen untuk setiap jualan pula adalah antara 3.5% – 12%. (Nilai komisen mungkin berbubah-ubah, boleh lihat pada panel dashbord affiliate, selepas anda mendaftar percuma menjadi ejen affiliate lazada.)

Tugas anda hanya perlu promosikan link khas anda selepas membuat pendaftaran sebagai ejen affiliate.

Katakanlah anda berjaya mendapat satu jualan untuk produk tadi,

Harga produk RM 2,699.00

Komisen untuk satu jualan 12% X RM 2,699.00 = RM323.88

Jika dalam sebulan dapat 10 jualan maka

Komisen yang bakal anda perolehi = RM323.88 X 10 = RM3238.80

Dengan menjalankan bisnes affiliate juga, risiko anda mengalami kerugian sangat-sangat kecil.

Tidak perlu keluarkan kos untuk beli produk

Tidak perlu simpan stok..

Tidak perlu risau produk tidak terjual..

Tidak perlu sewa kedai..

Kalau ianya semudah ini, mengapa masih ramai yang dah lama buat affiliate marketing, tapi masi gagal untuk buat duit dengan affiliate ?

Masalah  utama ramai GAGAL buat duit dengan Affiliate

Apa juga bisnes mahupun perniaagan online, mahupun offline yang kita lakukan, bukan mudah untuk kita buat duit atau untung BESAR.

Produk yang terbaik, tercanggih, termantop…bukan jaminan anda akan dapat jual produk tersebut dengan mudah.. silap-silap anda langsung tidak akan dapat jual walau satu produk pun.

Masalah utama ramai affiliate yang menjalankan bisnes ini, ialah tidak tahu bagaimana nak cari pelanggan yang berminat dengan produk affiliate yang dipromosikan.

Sembang gebang, gajah pun boleh terbang……….

Cara Berkesan Promosikan Bisnes Affiliate

Dalam apa jua bisnes, paling susah adalah untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Lain padang….lain belalang…..

Pernah dengar istilah ini?

Begitu jugalah cara untuk kita promosikan bisnes affiliate…tidak sama dengan cara kita mempromosikan produk secara offline…

Ini Rahsianya…

Nak kata rahsia, ianya bukan lagi rahsia..cuma ramai yang tahu, ada yang tahu tapi tak buat betul-betul, tak serius..konfirm menyesal kalau tahu…

Sebabnya sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan 3 angka hingga 4 angka dengan kaedah promosi yang betul untuk mempromosikan bisnes affiliate.

Ini juga teknik sama yang diguna pakai oleh sifu-sifu di malaysia untuk promosikan produk affiliate, dan jana pendapatan affiliate sekurang-kurangnya 3 ke 4 angka sebulan.

Jika anda serius nak buat duit dengan affiliate, anda boleh belajar sama melalui bacaan atau video melalui panduan affiliate ni

Panduan ni akan tunjukan anda langkah demi langkah bagaimana bina pendapatan pasif dengan affiliate.

Paling menarik ada teknik yang di dedahkan bagaimana nak promosi affiliate dan jana pendapatan secara pasif dengan affiliate. Semuanya anda boleh belajar dalam panduan berikut.

Walaupun begitu, saya cadangkan agar anda fokus kepada satu jenis atau teknik promosi sahaja terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi jika anda masih baru dalam bisnes online affiliate ini.

Loading

About Junaidy Jaimi 69 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

9 Comments

  1. Komisyen affiliate dapat bantu blogger terus bersemangat nak terus berkarya. Menarik affiliate ini, masih mampu beri pendapatan secara automatik. Buat sekali, untung berkali-kalai.

Leave a Reply