Anda nak tahu cara buat duit online 2020 ? Ya, jangan bimbang kerana memang banyak cara untuk buat duit online tahun 2020 ni.
Tapi yang mana paling berkesan ? Yang mana cara buat duit online tanpa modal ?
Dari banyak-banyak cara yang anda boleh buat, saya senaraikan tiga sahaja disini.
Ada beberapa sebab mengapa saya berkata demikian. Dan untuk pengatahuan anda, saya berkongsi disini adalah atas kapasiti pengalaman saya yang telah mula mencari-cari cara buat duit online sejak 2009 lagi. Tahun ni dah nak masuk 10 tahun.
Pengalaman Buat Duit Online
Alhamdullilah saya mula dapat duit online atau income secara online ni sejak 2009 sehingga sekarang rezeki tak putus-putus alhamdullilah
Berapa income yang saya terima tu, biarlah ianya menjadi rahsia saya sendiri. Tak la buat saya jadi jutawan, tetapi cukup untuk keperluan harian saya sekeluarga. Dan ya saya masi lagi bekerja secara makan gaji.
Apa yang saya buat sehingga berjaya buat duit secara online ini adalah secara sampingan sahaja. Dan saya juga punya impian untuk jadikan ianya secara sepenuh masa. Sebabnya passion saya yang lebih banyak minat kepada dunia online itu sendiri.
Eh, maaflah dah terlebih panjang pula saya bercerita kisah bagaimana saya buat duit online. So saya terus kongsikan dengan anda cara-cara buat duit secara online
3 Cara Buat Duit Online 2020 Di Malaysia
Buat Duit Online Dengan Affiliate
Ya, dalam 10 tahun saya berjaya buat duit online ini, buat duit denggan affiliate ini adalah yang paling banyak menyumbang sebagai sumber kedua pendapatan saya selepas gaji hakiki saya sebagai pekerja makan gaji yang paling.
Bagi saya, inilah cara paling mudah untuk buat duit secara online berbanding dengan cara lain. Mengapa saya cakap mudah?
Sebab untuk buat duit dengan affiliate ini boleh saya boleh katakan tanpa perlu ada modal. Kebanyakan usawahan –usahawan online dan yang ada nama besar (atau lebih famous gelaran sifu, otai bisnes online) di Malaysia sekarang ni, kebbanyakkanya bermula dengan buat duit online dengan affiliate.
Dari situ mereka mula berkembang dan berjaya memiliki bisnes yang tersendiri.
Kelebihan buat duit online dengan affiliate ni, selain tanpa perlu keluarkan modal;
- Tak perlu pegang stok
- 100% buat secara online
- Tak perlu risau tentang nak bagi support pada pembeli
Kalau anda berminat nak belajar pasal affiliate ni, saya banyak berkongsi tentang affiliate di blog saya ni, anda boleh tekan sahaja link ini https://www.junaidyjaimi.com/category/affiliate/ untuk baca artikel-artikel saya berkenaan affiliate
Buat Duit Online Dengan Dropship
Selain dari affiliate juga, saya juga buat duit online dengan dropship. Melalui dropship ini juga, saya telah mendapat ramai kenalan yang sama-sama buat duit online dengan dropship.
Dengan dropship juga, saya tak sangka boleh mendapat pelanggan sehingga ke negara Singapore dan juga Brunei, walaupun saya hanya duduk di kampong di negeri Sabah.
Ya itulah salah satu kehebatan dan kecanggihan teknologi yang ada sekarang.
Konsep hampir sama dengan affiliate. Bezanya dropship ni, anda lebih kepada cari pelanggan untuk jual produk fizikal.
Produk yang anda jual, adalah produk fizikal. Dropship ni anda tak perlu peggang produk. Anda hanya perlu cari pelanggan, terima bayaran dari pelanggan.
Anda buat bayaran kepada stokis mengikut harga ejen dan stokis atau HQ akan uruskan pengeposan barang kepada pelanggan anda.
Anda dapatkan tracking pos tempahan pelanggan anda, dan anda bagi kepada pelanggan anda.
Untuk anda yang nak belajar bagaimana nak buat duit dengan dropship ini, saya syorkan anda belajar melalui panduan ni…
Banyak benda anda akan belajar tentang dropship, serius! Bukan sahaja belajar tentang dropship, anda terus boleh join sekali…
Praktikal terus buat duit dengan dropship ni, tak tahu anda boleh tanya terus.. Dari produk, bagaimana nak mula sehinggalah group support!
Group support ni penting, sebab kalau ada tak tau, boleh terus tanya dalam group. Kalau belajar sendiri ni kalau cepat tanggap oklah..
Tapi kalau ada yang sangkut? Tu yang kebiasanyaa akan buatkan ramai sekerat jalan nak buat duit dengan dropship… sebab tak ada siapa nak guide dan jawap persoalan anda tu…huhu
Buat Duit Online Dengan Menyediakan Perkhidmatan Sebagai Freelance
Sekiranya anda mempunyai bakat atau kemahiran sebagai penulis, melukis, web design, pereka grafik, anda boleh buat duit secara online
Ya, ada ramai usahawan-usahawan yang memerlukan khidmat anda! Cumanya anda kenalah tonjolkan kemahiran anda tu dahulu. Agar ramai yang nampak kebolehan anda.
Selain itu anda boleh mendaftar dan promosikan apa yang anda tawarkan di banyak website yang memerlukan khidmat freelance ni. Contohnya di Fiver
Buat Duit Online Dengan YouTube
Ya, mungkin anda juga pernah mendengar tentang cara buat duit dengan YouTube ini. Trend ini kelihatan semakin mendapat perhatian oleh rakyat Malaysia sejak 2018.
Walaupun benda ini kelihatan baru di Malaysia, tetapi memang tidak di nafikan lagi, sudah ramai orang kita yang berjaya menerima income melalui YouTube.
Ada banyak cara bagimana anda boleh buat duit melalui YouTube ini. Tapi untuk perkongsian ini, saya kongsikan dengan anda salah satu cara buat buit dengan Youtube sebagai YouTube patner, atau rakan kongsi YouTube.
Sebelum anda layak menjadi YouTube patner, anda perlu ada channel youtube dan melepasi dua syarat;
- Mempunyai 1000 subcriber
- Video-video anda telah mencapai 4000 jam tontonan awam
Selepas itu, anda boleh membuat permohonan untuk pihak youtube menilai sama ada channel youtube anda melepasi syarat-syarat dan polisi yang telah ditetapkan.
Sebagai rakan kongsi YouTube, anda sebenarnya telah bersetuju membenarkan YouTube meletakkan iklan di kandungan video anda.
Google menjana pendapatan dari tontonan iklan-iklan ini dan anda sebagai rakan kongsi youtube kemudian dapat memperoleh peratusan keuntungan melalui akaun Google AdSense.
Nilai pendapatan yang dijana oleh anda adalah berbeza untuk setiap iklan bergantung kepada faktor-faktor tertentu.
Kesimpulanya nak buat duit secara online ni, anda kena ada ilmu. ambil tindakan dan fokus
Jangan gelojoh dan tamak untuk buat semua. Sebaiknya, anda cuba satu. Buat sampai berjaya dan ulang step yang sama, konsisten sehingga anda berjaya buat duit secara online
Saya doakan anda yang belum pernah buat duit online lagi, berjaya mencapai impian anda tahun 2020 ni
Leave a Reply