Panduan mudah mendaftar sebagai pemandu uber ini adalah untuk memudahkan anda yang sedang mencari peluang untuk menambah side income secara part time dengan menjadi pemandu uber.
Pendaftaran sebagai pemandu uber juga adalah percuma dan tiada sebarang cas yang dikenakan.
Perkongsian ini juga bagi menjawab beberapa pertanyaan dari rakan-rakan pembaca blog ini yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut panduan cara-cara mendaftar sebagai pemandu uber selepas membaca perkongsian tentang kisah bagaimana menjana pendapatan dengan bisnes uber
Panduan Mudah Mendaftar Sebagai Pemandu Uber : Syarat Dan Kelayakan
- Berusia 21 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia. (Sekiranya anda ingin menjadi pemandu Uber di negara Malaysia)
- Polisi insuran yang mempunyai nama pemandu Uber
- Kereta yang berusia tidak lebih dari 8 tahun
- Tidak memiliki rekod jenayah
- Boleh berbahasa inggeris. Kebanyakan penumpang dari kalangan pelancong asing
First anda kena pergi daftar melalui web uber. Anda boleh terus klik pada link berikut daftar sebagai pemandu uber
Pada bahagian bandar,pastikan anda pilih betul-betul nama bandar tempat yang anda nak jadi pemandu uber. Ini kerana perkhidmatan anda sebagai pemandu uber hanya akan aktif dilokasi yang anda mendaftar. Sehingga Ogos 2016 ni, perkhidmatan pemandu uber hanya terdapat di lokasi Kuala Lumpur, Johor Bharu, Penang, Ipoh dan terbaru di Kota Kinabalu, Sabah.
Seterusnya anda perlu memuatnaik dokumen berikut ke akaun Uber anda :-
- Kad pengenalan
- Lesen memandu
- Insuran kenderaan
Jangan lupa untuk kemaskini nombor akaun anda untuk menerima bayaran terus dari pihak Uber untuk setiap trip dan komisen inentif yang anda layak terima.
Selepas anda isikan borang pra pendaftaran pada link diatas tadi, anda akan mendapat email dan sms pemberitahuan dari pihak uber.
Langkah seterusnya, anda kemungkinan akan diminta untuk onboarding hadir ke lokasi yang anda akan diberitahu untuk mendengar taklimat dari pihak Uber. Pastikan anda membawa kad pengenalan, lesen memandu, insuran kereta anda untuk disemak oleh staff Uber.
Sekiranya anda tiada menerima email atau sms yang meminta anda hadir untuk onboarding, sila semak akaun anda semula untuk melhat status anda sama ada ianya sudah di aktifkan.
Sekiranya anda masih tidak faham dan perlukan bantuan untuk memudahkan pendaftaran sebagai pemandu Uber, anda juga boleh isikan borang di bawah untuk saya bantu daftarkan.
Daftar Untuk Panduan Pendaftaran UBER
Isikan maklumat dibawah dan klik subscribe
alhamdulillah.. dengan panduan yg diberikan dapat memudahkan rakyat Malaysia untuk menjadi pemandu UBER…
Terima kasih, dapa penerangan yang jelas tentang nak pandu Uber di KL 🙂
Terima kasih. Semoga info yg diberikan menjadi panduan berguna bagi rakyat Malaysia yg ingin tambah pendapatan dengan uber ini.