Sebelum saya ulas 5 sebab autoresponder emelmatik best,autoresponder percuma ini, tahu tak apa itu autoresponder emelmatik? Autoresponder ni tools ataupun sofware secara web based, yang berfungsi untuk mengumpul email dan menghantar email secara pukal dengan cara yang sah dan dibenarkan.
05 Sebab Autoresponder Emelmatik Best
Apa yang saya sampaikan disini adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan autoresponder emelmatik untuk tujuan pemasaran email yang JJ buat.
Berikut saya senaraikan kelebihan autoresponder percuma setahun emelmatik yang membuatkan saya rasa teruja untuk berkongsi dengan rakan pembaca sekalian.
01#Guna dulu, puas hati baru bayar
Tempoh percubaan selama 1 tahun tanpa bayaran adalah satu tempoh yang panjang untuk percubaan. Dalam tempoh selama ini, rasanya satu tempoh yang cukup panjang untuk kita beda siasat sama ada autoresponder emelmatik ini sesuai dengan kita atau tidak.
02#Autoresponder emelmatik jimat dan termurah
Ya, emelmatik adalah autoresponder yang paling jimat dan termurah dari segi kos yang pernah saya tahu berbanding beberapa lagi autoresponder tempatan,mahupun antarabangsa. Hanya dengan yuran RM200 sekali seumur hidup, anda sudah boleh menggunakan servis autorespond emelmatik secara unlimited.
Dan menariknya bayaran ini dalam bentuk matawang RM bukan dalam USD dollar yang kini semakin kukuh dan mahal untuk pengguna Malaysia.
03# Jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari
Lepas dah guna setahun, apply pakej premium, dalam masa 30 hari selepas apply pakej premium kalau tetap tak puas hati boleh claim semula bayaran anda. Pergh..kalau tak best, agak-agak owner buat tak tawaran berani mati macam ni? 🙂
04# Support Super Pantas
Inilah perkataan yang sesuai bagi saya untuk servis perkhidmatan bantuan selepas pembelian yang diberikan oleh pengasas emelmatik Tuan Boon Lee. Bukan saja untuk produk autoresponder emelmatik, malah mana-mana produk kendalian Tuan Boon Lee, akan di beri support yang terbaik. Tanyalah mereka-mereka yang pernah berusuran dengan beliau, saya yakin mereka juga setuju dengan apa yang saya katakan.
05# Support plugin premium wordpress + HTML
Ini antara value yang mengujakan buat JJ. Antara plugin yang telah JJ sendiri telah test drive untuk konfigurasikan bersama autoresponder emelmatik ini adalah seperti, plugin instabuilder dan popupdomination.
Apa yang dapat saya simpulkan, selagi mana-mana plugin wordpress ataupun tools yang anda mahu konfigurasikan mempunyai format HTML, selagi itu autoresponder emelmatik boleh digunakan.
06# E-kursus emelmatik
Ini khas bagi membantu newbie dalam memulakan kempen pemasaran email. Emelmatik juga menawarkan pembelajaran secara online dan percuma, antara perkara yang akan di ajarkan
- Pengenalan kepada pemasaran email
- Memulakan kempen pemasaran email yang pertama
- Cara mencari subcriber
- Membina hubungan dengan subcriber
- Memulakan promosi
07# Peluang jadi terawal dapat info “peluang dapat duit bonus”
Sebab yang ke-7 ni paling win untuk saya kongsikan..hehehe.. Setiap pelancaran produk baru, atau peluang menyertai ejen affiliate, pengguna-pengguna emelmatik akan sentiasa mendapat emel notifikasi dari tuan Boon Lee.
Bagi rakan-rakan yang dah biasa mempromosikan produk affiliate, pasti tahu apa kelebihanya menjadi orang terawal yang tahu pelancaran produk baru. Terutama bagi program affiliate pay perLead seperti NiagaAffiliate
Kekurangan emelmatik
Sebaik-baik manapun tools dan perisian, pasti saja akan ada kekuranganya. Disini saya dapat lihat kekurangan untuk emelmatik adalah dari segi menkonfigurasikan form. Sedikit pengatahuan mengenai asas HTML diperlukan.
Tetapi anda tidak perlu khuatir, kerana panduan lengkap penggunaan dari a-z disediakan untuk penguna emailmatik. Sekiranya masih tidak faham group support turut disediakan untuk membantu.
Kesimpulan
Sekiranya anda merupakan seorang peniaga dan usahawan online, amat rugi jika anda tidak menggunakan pemasaran email. Ini adalah teknik pemasaran yang ternyata berkesan sejak dahulu lagi dan masih dipakai sehingga sekarang.
Selain jimat kos, anda boleh gunakan database yang sama berulang kali untuk tujuan pemasaran perniagaan anda. Gunakan autoresponder emelmatik, daftar percuma akaun anda,klik daftar akaun percuma emelmatik
Photo kredit : www.bgr.in
Biasa org panggil autoresponder bro JJ.. Hehe 😀
hehe..ok..tq BFS..dah ubah..tak perasan…nak cepat..
aku dah register hari tu, tapi sebab tak tahu nak market apa dengan email. akhirnya expired macam tu sj. hehe
sekarang rasanya tuan boleh guna pemasaran email untuk trafik ke blog tuan tu 🙂
owh ini org panggil autoresponder tu. boleh jadi panduan ni. thanks
welcome..kak raihanah 🙂
Kalau yang berminat bolehlah cuba guna yang trial 366 hari. 🙂
Opss….365 hari… 😉
Boleh daftar melalui pautan yang diberikan tuan JJ.
Amat recommended untuk yang agak baru dalam pemasaran emel. Low risk, dan boleh dapat pulangan yang berkali ganda even kalau pakai yang free akaun tu sahaja
saya dah cuba AUTORESPONDER NIE…ia sangat TERBAIK…bagi saya ia mudah sahaja..