Pendapatan Cecah RM7000 Hanya Jual Air Balang Musim Ramadhan

Bisnes Air Balang Ramadhan

 

Bercerita mengenai bisnes, pernahkah anda terfikir bagaimana bisnes jual air balang ini boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan dengan kos permulaan yang agak rendah?

 

Bisnes air balang merupakan salah satu bisnes yang sangat mudah dijalankan dan ianya tidak memerlukan kos yang tinggi untuk di mulakan. Malah bisnes ini antara bisnes yang boleh dijalankan setiap masa dan ianya tidak terhad pada waktu-waktu tertentu seperti semasa bulan Ramadhan sahaja.

 

 

Kelebihan Bisnes Air Balang

Jika anda seorang pelajar IPTA atau sedang menganggur ataupun anda yang sedang-sedang mencari-cari idea untuk menambah pendapatan di bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, menjual air balang mungkin idea yang anda patut cuba. Antara kelebihan bisnes ini yang boleh kita lihat :-

 

  1. Kos rendah dan keuntungan lumayan
  2. Mudah untuk dilaksanakan walaupun anda seorang student
  3. Bisnes air balang ini tidak bermusim, boleh di buat pada bila-bila masa sahaja walaupun bukan bulan Ramadhan
  4. Tidak memerlukan anda untuk menyewa kedai, hanya perlu kanopi,meja dan balang air
  5. Tidak perlukan kepakaran yang tinggi. Boleh bancuh air milo, ha maksudnya anda boleh dah tu buat bisnes ni.

 

 

Bagaimana Nak Lariskan Jualan Air Balang ?

Cerita bagaimana seorang usahawan bazar ramadhan hasilkan pendapatan sehingga mencecah RM7000 bukan cerita rekaan. Anda boleh melihat perkongsian Encik Mizan Sulaiman yang bertajuk Bisnes Air Balang di mana beliau sendiri kongsikan apakah antara jenis air balang yang beliau jual dan mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

 

Bisnes Air Balang
Jus Kedondong Asam Boi antara salah satu resepi air balang Encik Mizan Sulaiman yang paling laku

Malah beliau juga ada kongsikan panduan untuk peniaga-peniaga air balang yang baru, bagaimana hendak bersaing dengan orang lama yang telah lama dalam perniagaan ini dan bagaimana untuk jadikan jualan air balang anda lain dari yang lain dengan rahsia yang beliau kongsikan di dalam Bisnes Air Balang

 

Semoga perkongsian ini memberi sedikit idea untuk anda yang berniat untuk berniaga sempena Ramadhan yang bakal tiba.

 

Kredit photo : https://azriphotoblog.wordpress.com/

Loading

About Junaidy Jaimi 69 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

5 Comments

Leave a Reply