Andai Kerajaan Malaysia Sekat Facebook, Peniaga Facebook Kemana??

Kerajaan Malaysia Sekat Facebook Peniaga Facebook Kemana
Kerajaan Malaysia Sekat Facebook Peniaga Facebook Kemana

Sejak semalam isu kerajaan malaysia sekat facebook heboh di bincangan di media sosial nombor satu dunia itu. Walaupun cadangan menyekat facebook ini sebenarnya telah pernah di utarakan oleh pihak Kementerian Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia SKMM Datuk Ahmad Shebery Cheek pada tahun lepas, isu ni timbul semula…

Kerajaan Malaysia Sekat Facebook Peniaga Facebook Kemana
Kerajaan Malaysia Sekat Facebook Peniaga Facebook Kemana

Sebab apa, mengapa isu kerajaan malaysia sekat facebook bukan itu persoalan yang Jj nak kongsikan disini. Lebih penting dari tu Andai Kerajaan Malaysia Sekat Facebook, Peniaga Facebook Kemana??

 

Bagi yang berfacebook untuk bersuka-suka, rasanya tak da hal ( betul kah tak da hal? baca sampai hujung post ni, kita tengok apa reaksi anda ) . Tapi bagi usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga yang aktif menjalankan perniagaan melalui facebook yang ni konfirm merungut, konfirm akan jadi masalah.

 

Jika benar kerajaan mahu menyekat akses facebook, sudah tentu bisnes facebook kita turut mati jika tidak ada sebarang persediaan dan perancangan untuk menghadapi situasi ini.

Antara solusi yang boleh di buat untuk kita teruskan perniagaan secara online kita tanpa facebook, ialah dengan bina blog /website untuk perniagaan kita.

 

Ya gunakan platform yang telah wujud sebelum facebook ni wujud di muka bumi.

 

perkongsian oleh prof hariz
perkongsian oleh prof hariz

Selain blog/website ada banyak lagi platform yang lain sebenarnya, macam yang di kongsikan oleh tuan Ridhauddin Hariz a.k.a profhariz. Cuma kali ni Jj lebih teruja untuk berkongsi apa kelebihan blog/website untuk peniaga facebook.

 

Cuba imbas balik, dari dahulu sehingga la kewujudan facebook, tweeter dan macam-macam lagi media sosial yang di bangunkan. Blog dan website tak pernah matikan.

 

Kecuali…….( Jj rasa korang pun dah boleh agak )

Itu sebabnya mengapa Jj lebih berminat sarankan untuk korang mula buat blog/website untuk cover bisnes facebook anda bermula dari sekarang, sebelum apa-apa terjadi dengan facebook.

 

Kelebihan blog/website untuk peniaga online

Banyak benda kita boleh buat dengan adanya blog atau website sendiri. Antaranya

  1. Apa yang kita tulis dari mula kita berblog akan kekal selamanya selagi blog/website kita wujud. Berbeza dengan facebook, apa yang kita post hari ini belum tentu kita boleh lihat semula pada minggu hadapanya.
  2. Boleh letak banyak barang dan lebih memudahkan pelangan untuk membuat pembelian, contohnya dengan e-commerce
  3. Lebih banyak orang komen atau berkunjung ke blog/website kita lebih mudah bisnes atau perniagaan kita di temui melalui carian internet.

Ke-4, ke-5 dan seterusnya korang boleh google.. apa lagi kelebihan blog/website untuk bisnes online kita.

 

Pasal nak buat blog/website bisnes tu, nak cakap senang, tak lah senang sangat. Nak cakap susah pun tak da lah susah mana.

 

Kalau korang boleh serius nak belajar sendiri a – z pasal buat blog/website ni bolehlah ja google, atau tengok youtube. Tapi kalau malas sangat atau susah nak dapat panduan yang ajar a-z, cubalah belajar melalui panduan lengkap bina website bisnes sendiri

 

 

Lepas dah siap nanti, proses seterusnya adalah promosikan, bagi kenal blog/wesbite kita kepada orang ramai.

Kalau tak, macam mana orang nak tahu kita punya blog/website kan.

Sama macam sebelum kita mula-mula berniaga di facebook, tiada siapa yang kenal kita, tiada siapa nak ambik kisah.

 

Dalam dunia maya ni,asalnya tak da siapa yang kenal kita. Kalau ada pun seketul, dua ja termasuklah blog Jj sendiri.

 

Tapi tak pa, Jj percaya setiap “usaha itu pasti ada bayaranya”.  Yang penting doa, usaha ikhtihar, tawakal, fokus dan konsisten..

 

Kalau tak berjaya, usaha lagi..

 

Orang akan mula kenal kita dalam dunia maya, dengan hasil penulisan dan perkongsian kita dalam blog/website kita tu. Dari situ kita boleh membina kredibiliti dan kepercayaan orang lain tentang siapa kita di dunia maya.

 

Sebab tu juga kita kena bermula dari sekarang. Orang dulu-dulu cakap, sediakan payung sebelum hujan.

 

Kalau bukan sekarang, bila lagi baru korang nak bertindak? Jangan tunggu hujung waktu. Tak tahu bina blog/website boleh belajar sendiri dari rumah, tak perlu nak ke kelas-kelas, kalau busy sangat belajar ja melalui panduan bina website bisnes sendiri

 

 

Erm.. macam kata kawan fb Jj sorang ni…susah payah bercucuk tanam besarkan ladang, last-last nak kerajaan malaysia sekat facebook ?

So korang fikir-fikirkan masa depan bisnes facebook masing-masing selagi ada bulan dan bintang..

rintihan penguna andainya facebook disekat kerajaan
rintihan penguna andainya facebook disekat kerajaan

 

 

 

Loading

About Junaidy Jaimi 69 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

10 Comments

    • kan..huru-hara jugak kalau kerajaan betul nak sekat facebook.. rasanya rakyat Malaysia, terutamanya peniaga facebook masih belum bersedia untuk penyekatan ini..

    • abam blogger yang dah lama dan mahir macam prof.. rasanya stady ja..sebab memang dah lama siap siaga.. 🙂

  1. jom berallih ke Wechat dan Whatsapp..kelau disekat juga kita buat blog atau website..dn kira disekat juga..baik hapusakan sahaka talian internet

    • ya..setuju dengan pandangan mrhanafi..jika semua di sekat, lebih baik sekat akses internet terus..

Leave a Reply