Branding itu bagaimana ? Cuba lihat gambar di bawah..
Secara tidak langsung kebanyakan kita dengan spontan sudah tahu ini kasut jenama Nike, harga dalam ratusan ringgit hanya melalui logo yang terletak pada kasut tersebut.
Namun mengapa orang sanggup beli kasut jenama ini walaupun sudah tahu, harga sepasang kasut jenama ini paling murah mencecah ratusan ringgit??
Ya, ianya sebab kekuatan yang ada pada jenama atau branding syarikat Nike. Promosi secara tidak langsung dari pelanggan sebelum ini yang berpuas hati terehadap produk keluaran syarikat Nike, lebih mudah viral.
Orang tidak kisah untuk membeli kerana sudah tahu kualiti kasut yang di keluarkan oleh syarikat Nike itu sendiri selesa di pakai dan terjamin dari segi kualitinya.
Asas Branding
Branding ialah identiti yang menjadikan sesebuah perniagaan itu lebih unik dan di kenali. Ianya termasuklah dari segi logo perniagaan, pembungkusan, kualiti dan apa-apa sahaja yang berkaitan yang membuatkan pelanggan mudah untuk mengenali perniagaan kita.
8 Cara Melekatkan Branding Syarikat Di Hati Pelanggan
Menurut John William pengasas kepada LogoYes.com dan pengasas kepada piawaian jenama kepada lebih 100 syarikat termasuk Mitsubishi, 8 perkara cara melekatkan branding syarikat di hati pelanggan ialah :-
- Hasilkan logo yang menarik. Letakkan di merata-rata tempat yang menjadi tumpuan.
- Tulis mesej utama branding kita. Apakah mesej utama yang kita ingin sampaikan kepada umum mengenai branding kita.
- Menintegrasikan branding kita. Branding bukan setakat logo, ianya meliputi bagaimana cara kita menyambut telefon dari pelanggan kita,ayat-ayat jualan perniagaan kita, dan apa sahaja yang menjadi alat komunikasi kita dengan pelanggan.
- Buat survey atau pendapat yang mencerminkan branding kita. Apakah branding kita mesra, menjadi perbualan ataupun formal. Hasil daripada survey ini boleh dijadikan bahan untuk kita tentukan hala tuju perniagaan kita.
- Cipta satu slogan untuk branding kita. Ianya sebaiknya ringkas dan mudah diingati.
- Mencipta template reka bentuk dan piawaian branding untuk bahan-bahan pemasaran. Menggunakan skim warna yang sama, penempatan logo. Tak perlu mewah, cukup dilakukan secara konsisten.
- Jujur. Pelanggan tidak akan datang semula kepada kita, mahupun merujuk perniagaan kita kepada orang lain, jika perniagaan kita gagal memberikan apa yang di janjikan.
- Konsisten. Perkara paling penting untuk kita lakukan dalam memastikan branding kita mendapat perhatian dan mudah di kenali. Semua usaha kita menjadi sia-sia jika tidak di lakukan secara konsisten
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu memberikan idea untuk anda brandingkan perniagaan anda.
Terima kasih Tuan Jj…branding memang nak kena ada brulah produk kita dikenali. 🙂