Cara Buat Bisnes Tudung Jenama Sendiri Yang Menguntungkan

bisnes tudung jenama sendiri

Anda berminat nak belajar cara buat bisnes tudung jenama sendiri yang menguntungkan?

Bisnes tudung merupakan satu bisnes yang sangat menguntungkan lebih-lebih lagi bila datangnya musim perayaan seperti hari raya aidilfitri jualan tudung akan meningkat berkali-kali ganda. jika kena dengan gayanya.

Dari kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej & universiti, wanita bekerja dan wanita berumur… semuanya memakai tudung. Dan apa yang lebih menarik lagi, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai  tudung. 



Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar.

Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung… sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.

So anda boleh lihat dan bayangkan permintaan dan realiti bisnes tudung dan yang hampir setiap masa mempunyai permintaan dan bukan hanya pada satu-satu masa sahaja.

Bisnes Tudung Jenama Sendiri

Walaupun bisnes tudung ini sentiasa mempunyai permintaan, adalah lebih baik untuk anda berkira-kira akan beberapa perkara yang penting sebelum anda berbuat demikian.

Ianya penting agar nanti sekiranya anda dah mulakan bisnes tudung jenama anda sendiri, bisnes anda memberi keuntungan yang lumayan.

Cara Memulakan Bisnes Tudung Jenama sendiri

Dalam panduan ini, Puan Madihah Mustafha ada berkongsi pengalaman beliau dalam menjalankan bisnes tudung.

Jika anda belum pernah menjalankan bisnes tudung ini, sebaiknya adalah lebih baik untuk anda tanguhkan dahulu niat anda. Maaf bukan lah nak mematahkan semangat anda untuk buka bisnes tudung.

Untuk menjalankan bisnes tudung jenama sendiri, sudah tentu ianya perlukan modal yang besar.

Sekiranya anda seorang yang tiada masalah dari segi modal, anda mungkin perlukan ilmu dan pengalaman bagaimana cara buat bisnes tudung sendiri.

Anda mungkin boleh mulakan bisnes tudung dengan menjadi ejen dropship terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh belajar bagaimana untuk menjual tudung.

Ini kerana perkara yang lebih penting tentang apa jua bisnes, adalah bagaimana untuk buat banyak jualan dan membuat keuntungan.

Sambil itu, anda boleh lah mula kumpulkan modal dari keuntungan bisnes tudung yang anda buat secara dropship tadi tu sebagai modal untuk buat jenama tudung sendiri.

Apa Yang Diperlukan untuk Buat Bisnes Tudung

Tanya diri anda, dah ready ke tak nak bisnes tudung jenama sendiri?

Anda dah buat kajian dan dapatkan makulmat-maklumat berikut?

  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!

Ha, macam mana? Dah sedia atau anda makin banyak nak tahu lebih lagi cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri, apa yang diperlukan untuk buat bisnes tudung

Kalau anda serius berminat untuk ada bisnes tudung jenama sendiri, saya syorkan anda belajar sahaja dari mereka yang berpengalaman dan menceburi bisnes tudung itu sendiri.

Salah seorang yang anda boleh belajar terus melalui pengalaman menjalankan bisnes tudung jenama sendiri ialah, Puan Madihah Mustafha yang merupakan Founder Madihah Scarf.

Rahsia Bisnes Tudung

Anda boleh baca perkongsian Puan  Madinah Mustafha, bagaimana beliau  Menjana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Beliau mula menjual tudung bermula dari masa belajar lagi. Masa tu modal untuk mulakan bisnes tudung tu dari duit pinjaman PTPTN sehinggalah beliau Berjaya mempunyai bisnes tudung jenama sendiri.

Dari pengalaman beliau, Puan Madinah Mustafha telah menulis panduan bisnes tudung jenama sendiri.

Antara perkara yang dikongsikan oleh beliau;

BAB 1 : BELAJAR MENJUAL

Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales). 
Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri anda!

Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu anda belajar terlebih dahulu , adalah belajar menjual! 
Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung!

Saya sendiri, sepanjang 6 tahun saya menjalankan bisnes tudung.. saya tidak pernah sentuh mesin jahit untuk menjahit tudung! Skill penting dalam sesebuah bisnes, ialah skill menjual.. bukan skill membuat!

Ada 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memudahkan anda membuat jualan. Anda dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan anda akan menjadi lebih mudah.

BAB 2 : APA & SIAPA?

Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini saya beritahu anda terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung anda kepada 3 golongan ini!

Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan anda pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.. 🙂

BAB 3 : SUPPLIER

Hah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini!
Saya bongkarkan 3 pembekal tudung yang saya gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung!


Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete saya berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop!



Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ni.. kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup!

Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah anda takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!

Ini sebahagian tajuk yang beliau kongsikan, sekiranya anda berminat nak tahu bab-bab lain, terus sahaja semak di panduan bisnes tudung oleh Puan Madihah Mustafha

529 total views, 9 views today

Be the first to comment

Leave a Reply