Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Affiliate Marketing RM3 Ke RM4 Angka Sebulan

buat duit dengan affiliate
Salah Satu Komisen Affiliate Bekas Seorang Chef

Siapa lagi nak tak tahu bagaimana cara buat duit dengan affiliate marketing 2017 ni?. Untuk anda yang baru saja menjelajah ke blog ni, welcome, selamat datang…anda juga boleh baca artikel bertajuk  Apa Itu Affiliate Marketing yang pernah saya tulis pada tahun 2016 yang lalu.

Ramai usahawan-usahawan internet di Malaysia mencipta nama dan melakar kejayaan dalam persada bisnes online melalui kejayaan dalam affiliate marketing.

Affiliate marketing juga merupakan satu cara untuk buat duit dengan “pantas” dan “mudah” jika anda sudah tahu selok-belok tentang cara buat duit dengan affiliate marketing ini.

Dan ini adalah bisnes sebenar, salah satu cabang bisnes online yang anda boleh sertai sama ada dengan percuma atau berbayar buat sesetengah program affiliate. Tujuanya untuk menapis hanya mereka yang benar-benar boleh berikan komitmen dan serius untuk buat duit dengan affiliate yang dianjurkan oleh penganjur.

Jika anda bertuah, anda juga boleh saksikan bagaimana ejen-ejen affiliate menghasilkan jualan yang banyak RM3 ke RM4 angka, malah boleh pergi ke 5 angka dalam masa yang singkat terutamanya jika penganjur membuat cabaran affiliate.

Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Afiiliate Marketing

Ada banyak cara sebenarnya untuk buat duit dengan affiliate marketing ni.

Antaranya :-

1.Melalui blog

Tulis artikel mengenai masalah yang dan kelebihan yang boleh diselesaikan oleh produk affiliate yang anda promosikan. Seterusnya selitkan link affiliate anda pada artikel tersebut.

2. Facebook

Lebih kurang seperti blog, anda kongsikan tips-tips berkaitan dengan produk affiliate yang anda promosikan pada wall satus profile facebook anda. Lebih bagus lagi sekiranya anda sendiri kongsi pengalaman anda sekiranya sudah dapatkan produk yang anda bakal promosikan itu tadi.

Cara ini, anda lebih yakin dan mudah untuk membuat promosi kerana anda berkongsi melalui pengalaman anda sendiri mengunakan produk yang anda promosikan itu sendiri.

3.Sediakan Bonus

Ini juga antara salah satu cara yang paling berkesan sekiranya anda nak buat duit dengan affiliate dengan mudah dan pantas.

Anda boleh berikan bonus tambahan kepada mereka yang membeli produk affiliate yang anda promosikan melalui link affiliate anda.

Cara ini selalunya berkesan. Lebih-lebih lagi jika bonus yang anda tawarkan itu lebih bernilai atau berkaitan dengan produk affiliate yang anda promosikan.

Kelebihan Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Buat duit dengan affiliate marketing ni sebenarnya lebih mudah dari menjual produk fizikal, atau dropship kerana :-

1.Anda hanya perlu promosikan link affiliate anda yang unik. Sekiranya ada orang yang membuat belian melalui link affiliate anda, anda akan mendapat bayaran.

2.Komisen untuk affiliate ni selalunya 50% ke atas dari harga produk. Contohnya sekiranya anda promosikan produk berharga RM100, komisen anda untuk 1 jualan ialah RM50… bayangkan jika anda dapat hasilkan 30 jualan berapa komisen yang anda bakal dapat… 🙂

3.Tidak perlu risau pasal produk. Kerana segala masalah yang disebabkan produk, akan menjadi tanggungjawab penganjur.

4.Bila-bila masa sahaja anda boleh dapat jualan walaupun jam 1:00pagi. Dengan syarat anda ada lakukan promosi. Ya tugas anda sebagai ejen affiliate adalah untuk promosikan link affiliate anda. Itu sahaja.

5.Boleh buat dimana-mana asalkan anda boleh online. Boleh saja promosikan melalui media sosial seperti group whatsapp, telegram,instagram dan lain-lain.

Jika ada pelanggan bertanya berkaitan produk yang anda promosikan, anda boleh bagi jawapan dan ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan anda, terhadap anda untuk membeli menerusi anda.

Buat Duit Dengan Affiliate? Betulkah Boleh Buat Duit

buat duit dengan affiliate marketing
Email makluman berjaya buat jualan produk affiliate

Memang rugi sekiranya anda tidak cuba untuk buat duit dengan affiliate ni. Awal tahun 2017 ni sahaja, ramai yang melancarkan produk affiliate. Sampai saya sendiri pun rambang mata nak sertai yang mana satu..haha..

Berminat Untuk Buat Duit Dengan Affiliate?

Tahniah untuk anda. Serius sekiranya anda berminat untuk belajar tentang cara buat duit dengan affiliate ni saya syorkan anda belajar dari yang betul-betul pakar dan memang buat duit dengan affiliate.

Panduan Affiliate Simple Tapi Power

Untuk anda yang bertanya, serius nak rasa buat duit dengan affiliate,tanpa modal besar dan tanpa pening karena pelanggan,tanpa perlu risau tentang produk, saya syorkan anda baca dan belajar melalui panduan ni

Antara yang anda akan belajar :-

  • Langkah demi langkah bagaimana untuk anda bina sistem yang boleh beri anda pendapatan secara pasif melalui Affiliate.
  • Formula bagaimana mereka ni boleh jana pendapatan lumayan hingga ribuan ringgit  sebulan dengan promosi produk affiliate.
  • Contoh produk affiliate yang anda boleh promosikan dan jana komisyen lumayan secara pasif.
buat duit dengan affiliate
Bukti saya buat duit dengan affiliate dan hasilkan jualan RM4 angka

Lepas download panduan ni, terus take action tau. Ilmu yang di kongsikan serius simple tapi power. Sebab beliau selalunya bagi input yang jelas.

Saya doakan anda juga bakal melakar sejarah sendiri dan berjaya buat duit dengan affiliate.

Loading

About Junaidy Jaimi 68 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

12 Comments

Leave a Reply