
Salam Jumaat, selamat hari raya aidilfitri.. Rasanya masih sempat untuk Jj mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua rakan-rakan blog dan pembaca blog Jj. Di kesempatan ini Jj ingin memohon maaf buat semua yang mengenai Jj dan family Jj baik keluarga, sahabat handai, mahupun kenalan online.

Agak lama juga rasanya Jj tidak menulis, rasanya lebih dari dua minggu. Dan hari ini 24 Julai 2015 adalah hari sepatutnya hari terahir cabaran 30 hari menulis blog yang mana sepatutnya Jj telah siap membuat sebanyak 30 post melalui blog ini. Sehingga hari ini hanya ada 10 post sahaja yang telah berjaya Jj catatkan. Bermaksud kurang 20 post. Ini juga menunjukkan Jj telah gagal dalam cabaran yang Jj tetapkan sendiri.
Kegagalan ini bukan bermakna Jj akan berhenti menulis, tetapi pengalaman ini jelas membuktikan kepada diri Jj sendiri untuk menjadi seorang blogger bukan sesuatu yang semudah apa yang difikirkan.
Pengalaman ini juga menimbulkan rasa hormat Jj kepada penulis-penulis blog yang lama dan yang konsisten dalam penulisan blog mereka.
Bagaimana mereka menguruskan blog mereka agar sentiasa di kemas kini dengan idea-idea dan perkongsian baru, malah ada yang telah menghasilkan pendapatan secara konsisten setiap bulan hanya melalui blog.
Melalui pengalaman selama 30 hari ini, Jj ingin kongsikan 5 cabaran penulis blog yang Jj sendiri hadapi.
Masa
Ya masa adalah salah satu cabaran paling besar bagi Jj. Sebagai seorang penulis blog separuh masa ada komitmen lain yang perlu digalas. Rutin harian yang terikat dengan kekangan masa yang banyak di habiskan di tempat kerja dan di atas jalan raya. Selain menguruskan hal-hal keluarga. Pengurusan masa adalah elemen yang sangat penting untuk memastikan blog kita sentiasa segar.
Idea
Bila ada masa, idea menulis pula yang tiada. Rasanya masalah ketandusan idea, adalah masalah kebanyakan penulis blog amatur, seperti Jj. Solusi kepada masalah ini, jika idea datang cepat-cepat tulis dalam kertas. Sebabnya idea datang tanpa di undang, kadang datang dalam fikiran separuh sedar kita. Sekali ia pergi, ianya susah untuk datang kembali.
Internet
Tidak ada line internet, line internet macam siput. Keperluan internet merupakan nadi kepada semua perkara yang melibatkan urusan atas talian. Termasuklah proses mengupdate blog.
Persekitaran
Persekitaran juga memberi sedikit efek kepada penulisan blog. Bagi sesetengah penulis blog, suasana persekitaran juga penyumbang kepada mood untuk menulis. Bagi yang bergelar suami atau isteri yang mempunyai anak-anak kecil sudah tentunya sedikit gangguan dari anak-anak ini, agak mencabar.
Motivasi dan komitmen
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dali. Untuk kekal dalam momentum, pentingnya kita mempunyai rakan-rakan yang mempunyai bidang yang sama dan positif. Hanya mereka lebih faham apa yang kita lakukan dan rasakan.
Untuk ini Jj syorkan untuk rakan-rakan sertai group himpunan penulis-penulis blog tanah air seperti Denaihati Network dan Kelab Blogger Belia. Selain itu rajin-rajin lah menjelajah ke blog-blog yang berkredibiliti seperti blog Ahmad Faizal , Hasrul Hassan, Gero Azrul Ikhwan Fahmi, Azzahairi.
Banyak lagi, mohon maaf tak dapat senaraikan semua. Insha Allah jika rakan-rakan nak saya senaraikan dalam senarai blogwalking saya, boleh lah komen di bawah alamat blog masing-masing 😀
Payah nak kekal momentum tu kan?
ya..nak kekal momentum..pentingnya istimah..
Memang ada cabarannya antara yg paling femes adalah idea untuk menulis.
Saya setuju dgn Jj, kena catat cepat2 idea yang datang tu. Kekadang datang tanpa diduga. Kalau rajin terus tulis dalam notepad dan simpan dgn rapi.
Eh eh, nama saya pun ada lah, terima kasih tuan Jj, nice sharing. 🙂
kenapa ruangan komen kat dlm blog ni mcm tersorok je.. kena klik kat atas post bru jumpa..
ok terima kasih BFS, tak perasan kena ubah setting wp dulu..
cabaran menulis blog yang mampu menghasilkan duit..itu memang terbaik
Internet lembab ni pun satu masalah jugak. Kat tempat saya ni, kalau malam je internet mula la jadi slow