Tips Single Opt-In Untuk Pengguna Autoresponder Emelmatik

Autorespond Emelmatik
Autorespond Emelmatik

Penyelesaian terbaik single opt in untuk pengguna autoresponder emelmatik. Khas untuk pengguna autoresponder emelmatik, malah hampir semua pengguna-pengguna autoresponder mengalami masalah yang sama bila menggunakan fungsi single opt in.

 

Apa Beza Single Opt In dan Double Opt In

Single opt in, bermaksud, subcriber akan menerima email yang telah kita siapkan awal-awal sebaik sahaja prospek memasukkan email melalui form yang telah kita sediakan tanpa perlu prospek itu tadi membuat pengesahan email terlebih dahulu.

 

Manakala double opt in pula, subcriber perlu mengesahkan email terlebih dahulu sebelum menerima email yang telah kita sediakan secara autorespond.

 

Pengalaman JJ sendiri, untuk tujuan kumpul list ini, lebih mudah untuk mengumpul list menggunakan single opt in berbanding double opt-in.

 

Ini kerana rata-rata tidak semua subcriber tahu cara untuk buat pengesahan email,walaupun kita ada mention cara untuk buat pengesahan email dan tujuannya.

 

 

Masalah untuk pengguna autoresponder single opt-in

 

Masalah bagi pengguna autoresponder  emelmatik,yang menggunakan single opt in;

  1. Berkemungkinan email yang di hantar akan masuk ke spam box
  2. Subcriber tidak membuka email yang kita hantar

 

Jika berlaku demikian, kita akan mengalami kerugian disitu,kerana email yang kita hantarkan tidak sampai kepada  semua subcriber secara maksimum, list yang telah kita kumpul.

 

 

Tips Untuk Pengguna Autoresponder Emelmatik

Khusus untuk pengguna autoresponder emelmatik, Tuan Boon Lee selaku founder telah memberikan tips terbaik untuk menggurangkan masalah yang di hadapi bila menggunakan single opt in.

 

Cara yang sesuai digunakan untuk mengingatkan subscriber semak emel mereka khususnya anda yang guna fungsi single opt-in (tanpa pengesahan emel). Cuma tambah kod ini ;

selepas <form….>

kod :

onSubmit=”if(!confirm(‘MESSAGE ANDA DISINI.’)){return false;}”
rujuk gambarajah

 

Penyelesaian Terbaik Single Opt-In Untuk Pengguna Autoresponder Emelmetik
Penyelesaian Terbaik Single Opt-In Untuk Pengguna Autoresponder Emelmetik

 

Tips Autoresponder Emelmatik
Tips Autoresponder Emelmatik

Dengan cara ini satu pop up akan muncul sebaik sahaja subcriber klik butang ‘ok’ untuk meneruskan.Untuk perkataan berwarnah biru, anda boleh ubah dan masukkan ayat yang anda mahukan.

 

Anda juga boleh melihat fungsi ini pada web NiagaAffiliate.Com . Semoga tips penyelesaian terbaik single opt in untuk pengguna emelmatik ini memberi kesan positif di dalam pemasaran email anda.

300 total views, 1 views today

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge