Penipuan Sijil PhD vs Hikayat Budak PhD

Sijil PhD Palsu Hikayat Budak PhD

Baru-baru ni kecoh mengenai penipuan sijil Phd yang memberikan gelaran doktor kepada salah seorang pakar motivasi keusahawanan yang cukup terkenal di negara kita.

 

Malah ianya turut mengundang kepada pengeluaran kenyataan media oleh tiga universiti tempatan yang menyatakan penafian telah menganugerahkan sijil PhD kepada mentor usahawan tersohor tersebut.

 

Isu ini telah menjadi bualan hangat dimedia-media sosial, bukan disebabkan kepakaran dan ilmu beliau yang di pertikaikan disini, kerana apa yang saya tahu hasil dari program-program yang  telah beliau anjurkan, telah berjaya melahirkan ramai  usahawan, yang telah menempah nama dan mempunyai perniagaan yang semakin maju dan berkembang.

 

Bukan saja orang-orang biasa, malah tidak kurang artis, ahli perniagaan, guru dan yang berpangkat dato juga pernah hadir dan menjadi anak didik beliau.

 

Ini bukan kes petama kali berlaku dinegara kita, malah kes ini turut terjadi diseluruh negara.

 

Ada Apa Pada Sijil PhD dan gelaran Doktor Falsafah

Jika anda pernah belajar dan tahu mengenai perniagaan, anda mungkin akan tahu salah satu amalan dan konsep cara untuk meningkatkan jualan atau keuntungan adalah dengan mendapatkan “trust” dari pelanggan itu adalah pembuka jalan kepada urus niaga berlaku.

 

Nah dari situ pun kita sudah boleh fikirkan dengan secara logik akal, orang-orang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan gelaran-gelaran  kehormat seperti gelaran doktor ini adalah lebih mudah mendapat kepercayaan orang ramai. Kerana pada “mind set” kita mereka yang mempunyai pangkat mahupun gelaran seperti doktor pada nama mereka merupakan golongan pakar.

 

 

Bahaya Penipuan Sijil PhD Palsu

 

Pada tahun 2014, bekas pengarah kanan dan ketua pegawai maklumat, jabatan keselamatan dalam negeri amerika syarikat (as) Laura Callahan meletak jawatan selepas didapati membeli ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD secara dalam talian.

Kes ini telah mengegarkan keselamatan “White House” kerana seolah-olah tidak menyemak latar belakang sebelum mengambil beliau bertugas.

 

Hikayat Budak PhD

Bak kata pepatah melayu lama hanya jauhari mengenal manikam.  Walaupun saya sendiri bukanlah pemegang sijil PhD, namun saya sendiri dapat rasakan ianya bukanlah  semudah mendapat Sijil Pelajaran Malaysia.

 

Ianya sudah pasti akan memakan masa yang lama, perlukan pengorbanan wang ringgit, keluarga dan masa.

Bagi segelintir orang yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya mendapatkan sijil ijazah PhD dan gelaran doktor falsafah, ianya adalah satu perbuatan yang bagi saya tidak adil kepada pemegang ijazah sebenar atas apa usaha mereka.

 

Bagi saya mereka yang terbabit dengan kes-kes pemalsuan ijazah ini, biasanya petah berkata-kata tetapi isinya kosong. Dan mereka ini hanya boleh dikesan oleh sesetengah pakar.

Jangan hanya kerana mahu dipandang tinggi dan berilmu kita sesuka hati mengunakan jalan pintas.

 

Bagi menghayati dan mendapatkan gambaran susah senang pengalaman pahit getir mendapatkan segulung sijil ijazah PhD, buku  bertajuk  Hikayat Budak PhD  yang menceritakan pengalaman Dr.Syahir Musafir  antara salah seorang anak melayu cemerlang yang boleh dijadikan contoh dan  amat sesuai untuk dijadikan teladan dan sumber inspirasi terutama bagi mereka yang berhajat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ini.

 

Semoga isu penipuan sijil ijazah PhD dan pangkat kedoktoran dapat dibendung dinegara kita khususnya bagi mengelak kredibiliti institute-insitut pengajian tinggi dinegara kita tidak terjejas, seperti  negara-negara lain.

Loading

About Junaidy Jaimi 68 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

10 Comments

  1. ok je walaupun dia tipu sebab tak pernah pergi kelas motivasi beliau pun..
    hehe pape pun still respect la sebab pernah tengok kat youtube, idea dia cara dia cakap semua bagus

  2. tak respek.

    dari dulu.

    sebab dari mula aku kenal sejarah dia, sampai la sekarang..rekod dia tak berapa cantek.

    bertahun tunggu dia minta maaf.

    dia wat sardin aje.

Leave a Reply