Panduan Mudah Mendaftar Sebagai Pemandu Uber

Panduan Mudah Mendaftar Sebagai Pemandu Uber

Panduan mudah mendaftar sebagai pemandu uber ini adalah untuk memudahkan anda yang sedang mencari peluang  untuk menambah side income secara part time dengan menjadi pemandu uber.

 

Pendaftaran sebagai pemandu uber juga adalah percuma dan tiada sebarang cas yang dikenakan.

 

Perkongsian ini juga bagi menjawab beberapa pertanyaan dari rakan-rakan pembaca blog ini yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut panduan cara-cara mendaftar sebagai pemandu uber selepas membaca perkongsian tentang kisah bagaimana menjana pendapatan dengan bisnes uber

 

Panduan Mudah Mendaftar Sebagai Pemandu Uber : Syarat Dan Kelayakan

  1. Berusia 21 tahun ke atas
  2. Warganegara Malaysia. (Sekiranya anda ingin menjadi pemandu Uber di negara Malaysia)
  3. Polisi insuran yang mempunyai nama pemandu Uber
  4. Kereta yang berusia tidak lebih dari 8 tahun
  5. Tidak memiliki rekod jenayah
  6. Boleh berbahasa inggeris. Kebanyakan penumpang dari kalangan pelancong asing

 

 

First anda kena pergi daftar melalui web uber. Anda boleh terus klik pada link berikut daftar sebagai pemandu uber

panduan mudah mendaftar sebagai pemandu uber
Anda akan menerima paparan seperti ini untuk pendaftaran sebagai pemandu uber

Pada bahagian bandar,pastikan anda pilih betul-betul nama bandar tempat yang anda nak jadi pemandu uber. Ini kerana perkhidmatan anda sebagai pemandu uber hanya akan aktif dilokasi yang anda mendaftar. Sehingga Ogos 2016 ni, perkhidmatan pemandu uber hanya terdapat di lokasi Kuala Lumpur, Johor Bharu, Penang, Ipoh dan terbaru di Kota Kinabalu, Sabah.

 

Seterusnya anda perlu memuatnaik dokumen berikut ke akaun Uber anda :-

  1. Kad pengenalan
  2. Lesen memandu
  3. Insuran kenderaan

Jangan lupa untuk kemaskini nombor akaun anda untuk menerima bayaran terus dari pihak Uber untuk setiap trip dan komisen inentif yang anda layak terima.

 

Selepas anda isikan borang pra pendaftaran pada link diatas tadi, anda akan mendapat email dan sms pemberitahuan dari pihak uber.

 

Langkah seterusnya, anda kemungkinan akan diminta untuk onboarding hadir ke lokasi yang anda akan diberitahu untuk mendengar taklimat dari pihak Uber. Pastikan anda membawa kad pengenalan, lesen memandu, insuran kereta anda untuk disemak oleh staff Uber.

 

Sekiranya anda tiada menerima email atau sms yang meminta anda hadir untuk onboarding, sila semak akaun anda semula untuk melhat status anda sama ada ianya sudah di aktifkan.

 

Sekiranya anda masih tidak faham dan perlukan bantuan untuk memudahkan pendaftaran sebagai pemandu Uber, anda juga boleh isikan borang di bawah untuk saya bantu daftarkan.

 

Daftar Untuk Panduan Pendaftaran UBER

Isikan maklumat dibawah dan klik subscribe

Loading

About Junaidy Jaimi 68 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

3 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. Komisen Pertama Income Dari Uber Guna Teknik Rahsia Uber - JUNAIDYJAIMI.COM

Leave a Reply