Lubuk Murah Borong Barang China

Lubuk Murah Borong Barang China

1668.com ialah lubuk murah borong barang China malah lebih murah dari Taobao. Jika sebelum ini, saya ada kongsikan cara mudah borong barang dari China, pada kali ini pula saya akan kongsikan lubuk borong barang china murah. Dimana anda boleh dapatkan harga borong barang China yang lebih murah dari borong di Taobao dengan kualiti yang setanding.

 

Lubuk Murah Borong Barang China Di 1668.com

Jika anda sudah pernah order barang china secara online di Taobao.com , saya percaya anda boleh memborong barang di 1688.com tanpa sebarang masalah. Tetapi sebelum itu, ada beberapa perkara yang kita kena tahu sebelum boleh terus membuat pembelian melalaui website borong china di 1688.com ini.

 

Panduan Borong Barang China Online Di 1688.com

Untuk anda yang pertama kali ingin memborong barang China di website 1688.com ini, ada beberapa perkara yang kita perlu tahu iaitu;

 

  1. Website ini dikhaskan untuk peniaga-peniaga di negara china sahaja. Ini kerana supplier di 1688.com tidak akan melayan dan tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran barang ke luar dari negara China, tidak seperti Taobao.
  2. Kita kena beli borong barang China minimum 5 unit barang ke 10 unit barang bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh supplier. Bagi anda yang ingin menjalankan bisnes menjual produk-produk China, ianya bukan satu masalah, kerana memang anda bertujuan untuk membeli barang china secara borong dengan harga yang lebih murah.

 

Tetapi anda tidak perlu risau, kita masih boleh borong barang dari 1688.com dan dapatkan harga murah dengan mengikuti panduan-panduan yang telah disediakan dalam rahsia1688 ini.

 

Untuk memborong barang di website 1688.com ini, kita kena melalui ejen yang tinggal di China.

Tugas ejen ini, akan bantu kita beli barang yang kita mahu dari supplier website 1688.com.

Supplier akan hantar barang kita kepada ejen di China. Bila barang tu dah sampai kepada ejen, ejen tadi pula akan pos barang kepada kita di Malaysia.

Secara ringkasnya Supplier (di China) –> Ejen (di China) –> Kita (di Malaysia)

 

Masalah Jika Borong Barang China Di 1668.com

Walaupun prosesnya nampak mudah, ada satu masalah besar yang kita akan hadapi jika baru pertama kali berusurusan dengan kaedah di atas tadi. Iaitu adakah ejen tersebut boleh dipercayai?

 

Senarai Ejen Borong Barang China 1688.com Yang Dipercayai

Nak cari ejen dari China yang boleh dipercayai ni pun satu hal, ada saja ejen yang buat perangai.

  • Ejen senyap bila dah beli barang!
  • Bila dah beli barang dan barang dah sampai pada mereka, kita suruh pos.. dia caj tak masuk akal pula!
  • Lagi sadis… barang dah pos ke Malaysia, tapi dah masuk berbulan-bulan barang masih tak sampai depan rumah. Bila minta nombor tracking, diorang kata takde pula!

 

Untuk atasi masalah ini, dan untuk membolehkan kita teruskan niat untuk borong barang China murah di website 1688.com, bolehlah dapatkan senarai ejen-ejen ini melalui tuan Nigel Ong.

 

Beliau dah tapis siap-siap, dan hanya berikan senarai supplier yang dia sendiri gunakan untuk borong barang di website 1688.

Semua selok-belok bagaimana nak order borong barang China sehingga sampai ke depan rumah kita dia dah ditunjukan dalam panduan beliau rahsia1688

 

Antara meraka yang dah berjaya memborong di 1688.com

Lubuk Murah Borong Barang China

 

Lubuk Murah Borong Barang China

 

 

Panduan Rahsia1688.com

Daripada kita rugi kena tipu sebab salah pilih ejen dan lain-lain perkara lagi, lebih baik kita belajar dari orang yang dah pakar seperti tuan Nigel Ong ni. Beliau dah lama juga dalam bisnes borong barang dari China ni.

 

Dalam panduan Rahsia1688 ni beliau ada cover completed ;

  • Teknik nak cari barang dengan betul dan mudah. Ya! Nak cari barang pun ada teknik dia! Kalau main taip sahaja nama barang tu kat website tu, selalunya, hasil yang dipaparkan tidak banyak sebab kebanyakkan nama barang adalah dalam bahasa cina! Jadi saya ajarkan beberapa teknik yang padu supaya anda boleh jumpa barang yang anda nak tu dengan harga yang lebih murah!

 

  • Cara nak check supplier! Boleh caya ke tak supplier tu? Macam mana nak check? Dalam panduan ni ada ditunjukan caranya!

 

  • Cara nak deal dan chat dengan supplier! Walaupun kita tak pandai cakap cina! Kita boleh kasi adjust punya dan minta diskaun lagi kaw-kaw punya!

 

  • Di bongkarkan juga, agen terbaik yang kita boleh guna! Ejen ni memang boleh percaya dan sangat profesional! Gerenti barang yang kita order selamat sampai!

 

  • Ada juga disertakan tips & teknik cara nak menjual barang yang kita dah borong dan dah sampai depan pintu rumah kita!

 

  • Apa yang lagi best! Semua benda diatas.. kita boleh buat dengan hanya menggunaan smartphone sahaja! Tak perlu dah nak pakai PC atau laptop!

 

 

Paling menarik bukan sahaja kita boleh belajar melalui panduan tersebut, malah kita boleh bertanya soalan dan meminta bantuan terus dari tuan Nigel Ong. Sekiranya anda berminat dengan panduan ni, boleh terus belajar dan dapatkan panduan dengan klik pautan rahsia1688.com ni

 

P/s : Boleh share artikel ini, supaya ramai yang dapat manfaat dan belajar

Loading

About Junaidy Jaimi 68 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

Be the first to comment

Leave a Reply