5 Perkara Yang Usahawan Boleh Aplikasikan Untuk Majukan Bisnes Dari Jaringan Gol Cantik Faiz Subri

jaringan gol cantik faiz subri
Kredit photo : www.malaysiagazette.com

Siapa yang tengok jaringan gol cantik oleh Faiz Subri semalam (16/02/2016) ketika pasukan Penang FA menentang Pahang??

Jaringan gol terbaik Faiz Subri ini telah menjadi viral dalam sekelip mata. Ada yang cakap jaringan gol yang di buat Faiz subri ini telah melanggar hukum fizik.

Jaringan yang serupa pernah di buat oleh Roberto Carlos ketika aksi piala dunia 1997 Brazil menentang Perancis. Jaringan gol cantik faiz subri ini juga telah mendapat liputan media antarabangsa. Malah salah satu portal dari united kigdom membuat satu undian gol siapa paling hebat? Roberto Carlos atau Faiz Subri?

 

So apa kaitan yang JJ nak kongsikan dengan rakan-rakan blog JJ tentang jaringan gol oleh Faiz Subri dan bisnes kita??

5 Perkara Yang Usahawan Boleh Aplikasikan Untuk Majukan Bisnes Dari Jaringan Gol Cantik Faiz Subri

 

1.Tiada Jalan Mudah

Jaringan gol cantik oleh Faiz Subri bukan berlaku secara kebetulan, ianya merupakan hasil latihan yang beliau kerap lakukan iaitu 15 minit selepas tamat sesi latihan.

Beliau akan berlatih dan mencuba membuat tendangan percuma dari pelbagai jarak yang beliau belajar melalui youtebe melalui dua ikon inspirasi jaringan lencong antarabangsa Christiano Ronaldo dan Roberto Carlos.

 

Begitu juga dalam berbisnes, untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang perlukan usaha yang konsisten, komitmen dan motivasi yang tinggi untuk berjaya.

 

2.Mejadi Unik Berbanding Pesaing

Sebelum berlakunya Faiz Subri menjaringkan gol cantik semalam, pemain bola sepak Penang FA ini agak tidak berapa menyerlah seperti pemain-pemain bola sepak tanah air yang lain.

Namun disebabkan jaringan cantik dan unik yang beliau lakukan, nama beliau menjadi viral dan terkenal sehingga ke persada antarabangsa dalam masa beberapa minit sahaja.

Dan perkara yang dilakukan oleh beliau dalam masa beberapa minit itu sahaja, sudah pasti akan menjadi ingatan  buat selama-lamanya terutama kepada peminat-peminat bola sepak.

 

Dalam bisnes ianya lebih dikenali sebagai USP atau Unique Selling Proposition. Jika mahu bisnes anda maju dan lebih dikenali walaupun anda menjual produk atau servis yang sama dengan beribu-ribu pesaing anda, sedikit keunikan yang anda terapkan dalam bisnes anda, sudah pasti akan menjadikan perniagaan anda lebih mudah dikenali dan maju setapak berbanding pesaing-pesaing anda.

 

 

3.Sentiasa upgrade ilmu dan skill

Pemain bola sepak Faiz Subri mempunyai beberapa kelebihan selain bermain sebagai midfielder, Faiz Subri juga mempunyai skill bermain sebagai attacking dan stiker.

Kelebihan dan skill Faiz Subri ini juga telah meletakkan diri beliau layak dan dipanggil beberapa kali untuk bermain bersama skuad kebangsaan dalam arena bola sepak.

 

Dalam bisnes, banyak perkara yang kita kena peka dan sentiasa upgrade. Terutama dalam bidang pemasaran. Contohnya jika sebelum ini anda menggunakan medium pemasaran facebook, wajib bagi kita untuk up to date tentang ilmu pemasaran facebook yang terkini. Ini kerana perubahan algorithma medium sosial facebook yang sentiasa di kemas kini dan berubah-ubah.

Baca juga : Pemasaran Instagram

 

4.Menjaga hubungan baik dengan semua orang

Sebgai pemain tengah pasukan Penang FA, Faiz Subri mempunyai peranan yang penting dan perlu sentiasa berinteraksi dengan pemain pertahanan dan  juga pemain bahagian serangan. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik, akan menyebabkan kepincangan pada pasukan Penang FA.

 

Dari segi bisnes pula, amat penting untuk menjaga hubungan baik dengan semua orang. Ini kerana anda tidak tahu dengan siapa anda bakal berurusan pada masa akan datang. Ianya juga penting untuk meningkatkan kredibiliti anda.

 

Bayangkan anda pernah terlempang anak seorang bekas klien besar anda. Anda rasa adakah bekas klien anda sudi untuk berurusan dengan anda lagi pada masa akan datang??

 

 

5.Fokus dan yakin pada diri

 

Kejayaan sebenar yang kita boleh lihat hasil jaringan gol cantik Faiz Subri ialah beliau fokus dan berkeyakinan untuk menjaringkan gol.

 

Bukan sahaja dalam berbisnes, apa jua perkara yang kita lakukan dengan fokus dan berkeyakinan, InshAllah pasti akan menghasilkan keputusan yang terbaik.

 

 

Semoga sedikit tips ini dapat memberi manfaat pada kita semua. Sebagai penutup, saksikan jaringan gol cantik Faiz Subri yang telah menjadi bualan mulut seluruh peminat bola sepak dunia.

 

364 total views, 1 views today

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge