Jangan Guna Facebook Ads Kalau Tak Nak Rugi

Facebook Ads



 

 

 

Semalam melalui wall status facebook saya , ada kongsikan satu result selepas buat satu split test untuk buat iklan menggunakan facebook ads..

 

Jangan guna fb ads kalau

 

Mentaliti kebanyakan dari kita bila buat facebook ads…

  • suka kalau dapat kos murah beriklan di facebook ads
  • suka kalau dapat kos iklan jatuh hingga 1sen

 

Tips dapat kos fb ads murah

So dari result yang saya dapat menggunakan fb ads di atas tu, ini sedikit tips untuk dapat kos yang murah bila beriklan guna fb ads..

 

  1. Iklan berbentuk video lebih senang nak dapat reached yang tinggi dan kos murah. Placement pula lebih ramai orang tengok video dengan smart phone. Saya hanya guna 1 interest untuk 1 iklan. Target dikecilkan dengan pilih satu atau dua lokasi sahaja.
  2. Untuk iklan text pula, lebih ramai yang respon bila tengok iklan melalui laptop/pc. Melibatkan sedikit hal berkaitan copywriting. Target saya tetapkan secara lebih general tanpa interest, lokasi Malaysia. Umur target 25 ke atas..

 

 

Jangan Guna Facebook Ads Kalau..

Ya kalau anda takut untuk rugi…

Nak dapat kos iklan yang murah….

 

Sebab bila guna pengiklanan berbayar seperti facebook ads ni..

….Rugi itu pasti, untung belum lagi…

 

Nak dapat kos konon-kononnya 1 sen…. sebenarnya cuba tengok kos sebenar berapa RM telah melayang sebelum dapat kos 1 sen tu??

 

Melabur jangan lebur

Pastikan sebelum melabur, kita tahu apa tujuan kita.. sekurang-kurangnya kita tahu ROI..

Return Of Investment atau pulangan dari pelaburan yang kita buat…

 

Sebelum nak buat facebook ads, tahu apa objektif…

apa hasil yang anda mahu, sama ada anda mahukan..

  1. Like
  2. Engangement ( Respond dari audience )
  3. Klik website atau link anda
  4. Lead
  5. Jualan

 

Kalau rugi pun, biar kita dapat sesuatu dari hasil kerugian yang kita dapat..

Maksud saya kita dapat belajar untuk betulkan kesilapan iklan kita mana-mana bahagian yang patut..

 

 

Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah ditepi pantai..

..kalau kail panjang sejengkal, jangan menduga dilautan luas…

 

Tu kata orang kampung saya lah…khekhekhe

 

Guna Teknik Percuma Di Facebook Pun Boleh Untung Ma…

Trafik mudah facebook

 

Sebelum ni saya pernah kongsikan tips cara tingkatkan reached facebook . Tujuanya untuk hasilkan post yang boleh dilihat oleh seramai mungkin pengguna facebook.

 

Tujuan sebenar kita gunakan facebook ads pun, semata-mata untuk dapatkan trafik, tarik minat dan perhatian sebanyak mungkin orang yang berminat untuk tengok apa yang kita mahu sampaikan.

 

Mamat ni pun dah buktikan apa yang saya pernah kongsikan sebelum sebelum ni, dengan cara simple tanpa kos beriklan di fb ads pun mampu untuk hasilkan jualan dan income sehingga 4 angka.

 

Tak da rahsia besar pun sebernarnya..Apa yang mamat ni buat, beliau hanya maanfaatkan cara ni sebaik mungkin untukย  tarik beribu pengguna facebook untuk lihat apa yang beliau tawarkan.

 

 

So mesti korang nak tahukan hasil split test iklan facebook ads yang saya buat tu…iklan tu saya dah stop. Kena buat baru. Sebabnya walaupun kos murah, jualan = “0”

 

Kesimpulanya jangan pedulikan result orang berjaya buat iklan kos rendah, sebab untung berniaga bukan ditentukan dengan kos iklan. Tetapi untung kita dikira berdasarkan berapa pulangan kita dapat berdasarkan modal yang kita keluarkan tolak berapa jumlah jualan yang kita terima.. ๐Ÿ™‚

 

P/s: Update teknik di atas sudah tidak releven selepas algorhitma facebook bertukar,namun bagi anda yang berminat untuk tingkatkan jualan dengan facebook tanpa perlu keluar kos iklan fb ads, strategi ni anda boleh aplikasikan.

362 total views, 1 views today

12 Comments

  1. Pernah guna FB Ads beberapa kali untuk page niaga sendiri. Yang video tu memang senang boleh dapat engagement, yg pictures biasa ni susah la.. dan sekarang ni kos iklan FB pun macam dah mahal. Ada tip lagi tak untuk kurangkan lagi kos iklan tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge