Cara Mudah Borong China Online Dari Rumah

cara mudah borong china online

Ramai lagi yang tak tahu cara mudah borong China online ni. Nak borong barang China, tidak lah sesusah dahulu.

 

Dengan segala kemudahan dan teknologi yang semakin canggih, duduk di rumah pun dah boleh buat tempahan dengan cara mudah borong China online dan dapat harga borong walau hanya tempah untuk seunit barang.

 

Banyak kos yang anda boleh jimat dengan cara mudah borong China online berbanding jika pergi terus ke negara China.

 

Lain lah kalau anda ada modal yang besar, atau anda memang berhajat nak borong barang sambil melancong ke negara China.

 

Buat yang baru pertama kali nak cuba untuk berurusan dapatkan stok barang murah dari China secara online, berikut senarai website lubuk supplier China yang anda boleh buat tempahan;

 

1.Alibaba.com

2.Taobao.com

 

Ada banyak lagi senarai website borong barang china online ni. Tapi untuk elakkan anda pening, saya senaraikan dua laman ni sahaja.

 

“Antara dua lubuk supplier China, Alibaba.com dan Taobao.com, yang mana lagi murah dan lagi bagus?”

 

Alibaba.com menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding Taobao.com. Tetapi anda perlu buat tempahan dalam kuantiti minimum 500 hingga 1000 unit ke atas. Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai modal yang besar.

 

Taobao.com pula adalah sebaliknya. Harga tidak terlalu mahal, dan tidak terlalu murah berbanding Alibaba.com. Apa yang menariknya, anda boleh buat tempahan walau hanya seunit barang dengan harga borong.

 

 

Sekarang anda dah tahu dimana nak borong barang China online. Tapi mungkin selepas anda melayari website lubuk supplier china yang saya sebutkan tadi, anda mungkin berhadapan dengan masalah berikut pula;

 

 

1.Tidak faham tulisan China

2.Tidak tahu bagaimana nak pilih currier atau pos penghantaran barang dari China ke Malaysia yang murah

3.Tidak tahu bagaimana nak buat pembayaran dari bank tempatan

4.Bagaimana dengan cukai import dan Kastam?

5.Takut kena tipu

6.Takut borong banyak barang, tapi barang yang sampai lain dari yang ditempah

 

 

Perkara yang saya sebutkan di atas tadi adalah beberapa perkara yang bukan anda sendiri sahaja, malah  ramai di luar sana yang pertama kali nak borong barang dari China, terus terbantut dari hajat untuk borong barang online China ni.

 

 

Kalau anda nak tahu kebanyakan peniaga di GM Klang juga mendapatkan stok borong dari China.

 

Salah satu website shopping online di Malaysia seperti Lazada juga mempromosikan koleksi barang China dari website Taobao.com

cara mudah borong china online

 

 

Benda ni anda boleh belajar cara mudah borong china online. Benda yang tak pernah buat, memang akan nampak susah pertama kalinya.

 

Bagi anda yang ada kelapangan masa, boleh saja menyertai mana-mana seminar dan kursus belajar memborong barang dari China.

 

Ada banyak seminar diluar sana yang anda boleh sertai.

 

 

Bagi anda yang mempunyai masa yang terhad pula, saya rekomen untuk anda belajar melalui panduan rahsia taobao ni.

 

Ianya berbentuk bahan bacaan dalam bahasa Malaysia. Diterangkan langkah demi langkah dari mula sehinggalah barang sampai ke tangan anda.

 

Isu barang kena tahan Kastam, cukai, cara nak refund barang sebab salah order, atau barang rosak juga diterangkan.

 

Bagi yang lebih suka menonton video, panduan dalam bentuk video berbahasa Malaysia juga ada disertakan dalam panduan rahsia taoabo ni.

 

Tak cukup dengan itu, mungkin anda ada pertanyaan atau mungkin anda mengalami kesulitan yang tidak diterangkan dalam panduan rahsia taobao, jangan bimbang anda boleh bertanya dalam group support facebook yang dikendalikan sendiri oleh saudara Nigel Ong

 

Antara mereka yang dah berjaya borong barang China online dengan panduan ni..

cara mudah borong china online

 

Untuk dapatkan panduan cara mudah borong China online, boleh dapatkan dengan klik pada pautan ini

 

Selamat memborong barang dari China secara online!

36 total views, 0 views today

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge