Ketahui Mengapa CTA Komen PM di Fb Page Hanya Rugikan Peniaga Pesbuk

jomfb sofware autopm

Ramai peniaga facebook buat iklan dan letak call to action (CTA) minta suruh prospek komen “PM” , teknik ni bagus untuk seller sebenarnya. Lagi-lagi yang ada buat iklan berbayar  fb ads.

 

Tak di nafikan lagi cara ni terbukti berkesan untuk viralkan lagi iklan fb ads anda.

 

Reach meningkat, engangment meningkat, kos iklan untuk fb ads akan jadi murah.

 

Trend membuat iklan separah gantung tanpa maklumat lengkap dan meminta prospek untuk komen PM,PM ni bukanlah satu masalah yang besar.

 

Yang jadi masalah dari ramai-ramai seller yang yang suruh komen PM tu, tak sampai separuh yang akan balas komen tu….

 

jomfb_sofware_autopm
Komen PM prospek tidak di balas?

 

 

Sebagai peniaga… 

Nak berniaga, buat cara nak berniaga…

 

 

Dah suruh komen PM,  sebagai seller haruslah PM setiap orang yang dah komen “PM” kat status korang itu…

Sebab, korang dah suruh mula-mula.

 

 

jomfb_sofware_autopm
Dah suruh komen PM, sebagai seller haruslah PM setiap orang yang dah komen “PM” kat status korang itu… bertabah lah…

 

 

Dan bila ramai marah dan maki sebab tak dapat balasan PM dari korang.

Memang sah-sah korang bersalah…..see…

 

“Customer is king”

Pernah dengar kan istilah ni..

dalam kes ni memang terang-terang seller yang salah..so jangan nak meng”hijau” pulak bila dapat apa yang anda hajatkan tu…

 

(memang objektif anda minta prospek komen PM, supaya lebih ramai orang buat benda yang sama kan..)

 

 

Dari niat asal tadi nak berniaga dapat untung, last-last dah jadi sakit hati pulak kan..

 

Sebagai munasabah dan ingat-mengigati sesama seller online, untuk penjual sila PM walaupun hakikatnya korang dapat 1000 komen yang dah susah payah komen ” PM!” tak kiralah diorang berminat nak beli atau saja-saja nak komen pm.

 

Dari kajian terhadap pelanggan di Malaysia yang suka shopping barang di facebook, prospek ni memang pantang betul kalau seller buat 2 perkara ni :

 

1.Lambat respond dan buang masa pelanggan

Jangan kata pelanggan, diri kita sendiri pun dah tentu tak suka layanan yang lembab dan lambat.

Bukan sahaja nafsu nak membeli tu  dah bekurang, lagi teruk pelanggan anda lari ke peniaga yang lain.

 

Kalau awal-awal pun dah gagal nak yakinkan prospek, memang susah nak dapat close  sales.

 

2.Tidak berikan respon terhadap komen PM

Lagi terukk…mungkin sebab anda tak cukup tangan dan tak larat nak respon bila jumlah komen PM dah cecah 900

Atau pun sebab anda buat bisnes ni sendiri, anda la tukang buat iklan,tukang balas komen,tukang bungkus barang… so kesibukan itu hanya anda yang tahu

 

 

Untuk korang yang agak-agak ada masalah macam yang saya sebutkan di atas tadi , mungkin pernah terfikir 2 idea ni..

 

 

#Idea1 Buat skrip khas dan copy paste..

Idea ni mungkin anda boleh pakai jika komen sehari tak lebih dari 100 komen dan anda fulltime buat bisnes online ni..

 

Lebih dari tu serius, mula-mula mungkin anda teruja nak balas semua komen PM prospek.. Tapi lama-lama nanti anda akan jadi slow, stress…

 

Sakit jari…dan jugak sakit hati bila dah reply banyak komen mestilah kita pun berharap banyak sales yang sangkut..,ni  blue tick  je banyak…

 

 

 

 

 

….

#Idea2 Hire Staff Part Time

Yang ni sesuai kalau bisnes anda dah stabil sikit dan dah ada untung.

 

Cumanya yang hendak kerja part time ni student selalunya. Nak hire student ni pulak, bukan semua..tapi kebiasanya diorang ni sibuk dengan hal-hal study..

 

Aktiviti kampus lagi.. last last masalah 2 x 5 je dengan tak da staf… diorang pun ada limit..bila dah banyak sangat aktiviti tu, memang tak terjaga jugak la komen-komen dari prospek tu..
.
Kesimpulanya respon yang pantas untuk balas setiap komen PM prospek adalah saaangat penting terutama untuk anda yang berniaga di facebook secara long term…

 

 

First impression sebagai seller kepada prospek akan akan beri impak yang besar kepada kelangsungan urus niaga anda dengan prospek dan bakal pelanggan anda..

 

 

Dan sebenarnya ada satu idea lagi lebih efektif untuk pastikan semua komen-komen PM dari prospek di facebook page anda dapat dibalas dengan sepantas 10 saat 24jam/7hari seminggu.

 

Iaitu dengan menggunakan software auto komen

 

 

Loading

About Junaidy Jaimi 68 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

8 Comments

  1. Ribu2 itu.. kalau tangan sepasang je memang tak larat nak layan semua sekali.. takut prospek menyampah pula dengan produk yang kita iklankan..

    sebab tu kena ada bantuan orang lain ataupun lebih baik kalau ada automated response/reply

Leave a Reply