5 Sebab Autoresponder Emelmatik Best

Autorespond Emelmatik - Senarai Pakej
Autorespond Emelmatik - Senarai Pakej

Sebelum saya ulas 5 sebab autoresponder emelmatik best,autoresponder percuma ini, tahu tak apa itu autoresponder emelmatik? Autoresponder ni tools ataupun sofware secara web based, yang berfungsi untuk mengumpul email dan menghantar email secara pukal dengan cara yang sah dan dibenarkan.

 

Autorespond Emelmatik
Autoresponder Emelmatik

05 Sebab Autoresponder Emelmatik Best

Apa yang saya sampaikan disini adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan autoresponder emelmatik untuk tujuan pemasaran email yang JJ buat.

 

Berikut saya senaraikan kelebihan autoresponder percuma setahun emelmatik yang membuatkan saya rasa teruja untuk berkongsi dengan rakan pembaca sekalian.

Autorespond Emelmatik - Senarai Pakej
Autoresponder Emelmatik – Senarai Pakej

01#Guna dulu, puas hati baru bayar

Tempoh percubaan selama 1 tahun tanpa bayaran adalah satu tempoh yang panjang untuk percubaan. Dalam tempoh selama ini, rasanya satu tempoh yang cukup panjang untuk kita beda siasat sama ada autoresponder emelmatik ini sesuai dengan kita atau tidak.

 

02#Autoresponder emelmatik jimat dan termurah

Ya, emelmatik adalah autoresponder yang paling jimat dan termurah dari segi kos yang pernah saya tahu berbanding beberapa lagi autoresponder tempatan,mahupun antarabangsa. Hanya dengan yuran RM200 sekali seumur hidup, anda sudah boleh menggunakan servis autorespond emelmatik secara unlimited.

 

Dan menariknya bayaran ini dalam bentuk matawang RM bukan dalam USD dollar yang kini semakin kukuh dan mahal untuk pengguna Malaysia.

 

03# Jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari

Lepas dah guna setahun, apply pakej premium, dalam masa 30 hari selepas apply pakej premium kalau tetap tak puas hati boleh claim semula bayaran anda. Pergh..kalau tak best, agak-agak owner buat tak tawaran berani mati macam ni? 🙂

 

 

04# Support Super Pantas

Inilah perkataan yang sesuai bagi saya untuk servis perkhidmatan bantuan selepas pembelian yang diberikan oleh pengasas emelmatik Tuan Boon Lee. Bukan saja untuk produk autoresponder emelmatik, malah mana-mana produk kendalian Tuan Boon Lee, akan di beri support yang terbaik. Tanyalah mereka-mereka yang pernah berusuran dengan beliau, saya yakin mereka juga setuju dengan apa yang saya katakan.

 

05# Support plugin premium wordpress + HTML

Ini antara value yang mengujakan buat JJ. Antara plugin yang telah JJ sendiri telah test drive untuk konfigurasikan bersama autoresponder emelmatik ini adalah seperti, plugin instabuilder dan popupdomination.

 

Apa yang dapat saya simpulkan, selagi mana-mana plugin wordpress ataupun tools yang anda mahu konfigurasikan mempunyai format HTML, selagi itu autoresponder emelmatik boleh digunakan.

 

06# E-kursus emelmatik

Ini khas bagi membantu newbie dalam memulakan kempen pemasaran email. Emelmatik juga menawarkan pembelajaran secara online dan percuma, antara perkara yang akan di ajarkan

  • Pengenalan kepada pemasaran email
  • Memulakan kempen pemasaran email yang pertama
  • Cara mencari subcriber
  • Membina hubungan dengan subcriber
  • Memulakan promosi

 

07# Peluang jadi terawal dapat info “peluang dapat duit bonus”

Sebab yang ke-7 ni paling win untuk saya kongsikan..hehehe.. Setiap pelancaran produk baru, atau peluang menyertai ejen affiliate, pengguna-pengguna emelmatik akan sentiasa mendapat emel notifikasi dari tuan Boon Lee.

 

Bagi rakan-rakan yang dah biasa mempromosikan produk affiliate, pasti tahu apa kelebihanya menjadi orang terawal yang tahu pelancaran produk baru. Terutama bagi program affiliate pay perLead seperti NiagaAffiliate

 

Kekurangan emelmatik

Sebaik-baik manapun tools dan perisian, pasti saja akan ada kekuranganya. Disini saya dapat lihat kekurangan untuk emelmatik adalah dari segi menkonfigurasikan form. Sedikit pengatahuan mengenai asas HTML diperlukan.

 

Tetapi anda tidak perlu khuatir, kerana panduan lengkap penggunaan dari a-z disediakan untuk penguna emailmatik. Sekiranya masih tidak faham group support turut disediakan untuk membantu.

 

Kesimpulan

Sekiranya anda merupakan seorang peniaga dan usahawan online, amat rugi jika anda tidak menggunakan pemasaran email. Ini adalah teknik pemasaran yang ternyata berkesan sejak dahulu lagi dan masih dipakai sehingga sekarang.

 

Selain jimat kos, anda boleh gunakan database yang sama berulang kali untuk tujuan pemasaran perniagaan anda. Gunakan autoresponder emelmatik, daftar percuma akaun anda,klik daftar akaun percuma emelmatik

Photo kredit : www.bgr.in

 

Loading

About Junaidy Jaimi 68 Articles
Suka minum kopi sambil lepak dan buat kerja depan monitor. Tak suka pergi meeting. Jangan pisahkan aku dengan internet. Sangat membosankan, kecuali korang minat tentang internet marketing. Hidup ini singkat, sentiasa buat yang terbaik. Menulis untuk diri sendiri dan orang yang nak baca. Aku harap ianya bagi manfaat pada hidup korang. Sentiasa bersyukur, jangan takburrrrz. Jangan serius sangat. Enjoy :D

10 Comments

Leave a Reply