3 Perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana pendapatan.

menjana-pendapatan dengan affiliate
menjana-pendapatan dengan affiliate

Untuk rakan-rakan yang masih belum tahu bagaimana menjana pendapatan dengan affiliate, ringkasnya sama macam ejen jualan kepada produk-produk fizikal. Bezanya produk yang di promosikan adalah berbentuk ebook/pdf, video tutorial, panduan mahupun audio. Produk-produk affiliate ini juga dikenali sebagai produk digital. Boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh.

 

menjana-pendapatan dengan affiliate
menjana-pendapatan dengan affiliate

Banyak sangat kelebihanya jika nak Jj senaraikan kelebihan-kelebihan menyertai program affiliate ni.

Antaranya tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, tidak perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan kita tidak perlu bermanis lidah.

Sesuai sangat untuk mereka yang nak berniaga, tetapi jenis yang pemalu.

Paling best, semua kerja-kerja promosi ni dilakukan secara online saja. Nak buat dari bilik tidur pun boleh.

 

Tetapi walaupun ia nampak mudah, seorang affiliate perlu periksa sama ada dia memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan melalui affiliate.

Pertama: Produk affiliate untuk di promosikan.

Tiada produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara pertama yang perlu kita pertimbangkan selain permintaan adalah produk untuk di promosikan. Apabila ada produk, barulah kita boleh mula merancang kaedah promosi kita.

Setiap produk memang ada permintaan, cuma kita perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja.

Kedua: Landing page atau Squeeze Page.

Sebagai seorang affiliate yang bijak, memang perlukan web static dan autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih elok untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus kepada laman affiliate.

Melalui tindakan ini, sudah tentu kita tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di dalam autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing list yang kita telah kumpul, kita boleh terus mempromosinya melalui mailing list.

 

Ketiga: Pengetahuan mengenai produk affiliate yang anda ingin promosi.

Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi.  Nak duit?  tiada alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang kita ingin promosi. Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah freelance untuk mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda boleh lakukannya sendiri.

Kena rajin, kalau nak malas, memang nak buat apa pun susah nak nampak cahaya kejayaan tu.

Pengetahuan yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan membeli dari kita kerana mereka yakin dengan cadangan kita untuk membeli produk yang kita promosikan.

 

Semoga perkongsian mengenai 3 perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana pendapatan. memberi manfaat pada rakan pembaca..

 

Selamat berbuka puasa 😀

275 total views, 5 views today

10 Comments

    • terima kasih mrhanafi atas penambahan..ya betul..blog punya kuasa tersendiri untuk hasilkan pendapatan dengan affiliate..

  1. 1 lagi nak tambah.. jika anda telah membeli produk affiliates tersebut lebih mudah untuk anda mempromosikannya dgn berceritakan pengalaman kita menggunakan dan mempraktikkan sendiri produk tersebut.. dan dapat tau teknik yg di ajar dalam ebook tu memang betul berkesan atau cuma teori semata-mata.. lagi Best kalau dapat tunjuk study case / testimoni sendiri ..

    tetapi ada juga agent aff yang tak beli pun lagi produk tu tetap boleh buat jualan..
    yg penting teknik dan Plan strategi marketing kena ada ..
    brofami recently posted…Video Teknik Jualan Facebook – PERCUMAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge