Xiaomi Redmi 4a Smartphone Pilihan Usawahan Online

xiaomi redmi 4a smartphone terbaik pilihan usahawan online

Xiaomi Redmi 4a Smartphone Pilihan Usawahan Online.Sejauh mana fungsi dan spesifikasi smartphone Xiaomi Redmi 4a ni boleh di claim sebagai smatrphone pilihan usahawan online, dan mungkin saja ianya hanya pendapat saya sendiri.

Xiaomi Redmi 4a baru saja dilancarkan di Malaysia pada 18 Februari 2017 yang lalu di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Sebagai seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara online, sudah menjadi satu perkara wajib memiliki smartphone yang mempunyai fungsi dan kriteria-kriteria yang boleh memudahkan kita untuk membuat aktitivi pemasaran online selain membalas mesej bakal pelanggan dengan lancar.

 

5 Kriteria Mengapa Xiaomi Redmi 4a Smartphone Pilihan Usahawan Online

Sebagai seorang usahawan online, sudah tentu salah satu fungsi yang sangat utama dan wajib ada ialah smartphone tersebut boleh berfungsi untuk melayari internet dengan lancar dan pantas.

 

1.Bateri Xiaomi Redmi 4a tahan lama (3120mAh)

Dan kita semua sedia maklum penggunaan smatrphone untuk tujuan seperti melayari internet, melayari media sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsApp, telegram dan sebagainya pasti akan menyebabkan bateri cepat habis.

 

Jangan bimbang Xiaomi Redmi 4a memang telah dibekalkan dengan bateri tahan lama berkapasiti 3120mAh. Dalam mode stanby smartphone Xiaomi Redmi 4a mampu bertahan selama 7 hari.

 

Anda sendiri boleh baca review salah seorang yang dah gunakan smartphone Xiaomi Redmi 4a ni. Dalam perkiraan saya,penggunaan beliau boleh dikatakan hard core juga, ya la mungkin beliau nak test power smartphone baru Xiaomi Redmi 4a lah katakan…

Baca di sini review beliau..

 

2.Kamera Xiaomi Redmi 4a (13mp belakang 5mp depan)

 

Xiaomi-redmi-4a-smartphone-pilihan-usahawan-online

Salah satu benda wajib dan penting untuk usahawan online dalam buat iklan bergambar, kenalah gunakan gambar yang menarik dan jelas. Gambar yang unik datangnya dari gambar yang kita ambil sendiri.

 

Takkan nak copy paste dari google ja. Lebih-lebih lagi jika kita menjual produk fizikal seperti baju,kasut,tudung dan sebagainya. Keupayaan kamera Xiaomi Redmi 4a ni kira standard dengan kamera smatrphone yang lain yang jauh lebih popular.

 

3.Fungsi Dual Apps Dalam Satu Smartphone

Ok,Xiaomi Redmi 4a dengan fungsi Duall apps, mungkin ini smatrphone pertama yang mengetengahan fungsi untuk membolehkan dua aplikasi sama di dalam satu smartphone.

 

Ini bermakna anda boleh meletakkan 2 akaun whatsApp, 2 akaun facebook atau apa-apa sahaja aplikasi sekaligus dalam satu smartphone.

 

Fungsi ini menarik minat saya sendiri. Dengan fungsi dual apps ini maka tidak syak lagi mengapa Xiaomi Redmi 4a menjadi smartphone pilihan usahawan online.

 

Dengan ini dah boleh guna dua akaun whastApp satu untuk peribadi satu lagi khas untuk bisnes. Tak perlu keluar kos untuk beli 2 smartphone.

 

Selain itu anda boleh lihat maklumat lanjut spesifikasi lain smartphone Xiaomi Redmi 4a ni seperti di bawah :-

 

xiaomi redmi 4a smartphone specification

xiaomi redmi 4a smartphone specification

 

Harga Xiaomi Redmi 4a Di Malaysia

Setakat post ini di tulis harga smartphone Xiaomi Redmi 4a ni hanya RM459. Agak berpatutan dan sangat berbaloi jika dibandingkan dengan spesifikasi Xiaomi Redmi 4a ni kan.

Jika berminat bolehlah selongkar harga Xiaomi Redmi disini

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge