Pemasaran Instagram : 5 Tips Untuk Menjual Di Instagram

pemasaran instagram



 

Pemasaran Instagram trend pemasaran online 2016 di Malaysia anda setuju atau tidak? Soalan yang lebih penting untuk JJ ketengahkan pada rakan-rakan pembaca blog JJ, mengapa anda perlu belajar tentang pemasaran instagram 2016 ini…. Tengok ni

 

Jika sebelum ni medium facebook menjadi medium paling best dan meletop-letop untuk membuat jualan kerana mudahnya untuk dapatkan capaian (reach) yang tinggi untuk setiap pos yang kita buat walaupun dengan kos serendah RM10 menggunakan FB Ads, kini 2016 zaman telah berubah..

 

Majoriti rata-rata peniaga hari ini banyaknya menggunakan medium pengiklanan facebook iaitu fb ads untuk memasarkan produk atau servis masing-masing. Ini kerana semakin ramai yang tahu tools fb ads merupakan medium pengiklanan paling berkuasa berbanding yang lain. Ianya tidak dinafikan lagi.

 

 

Sebab itu, jika anda perasan semakin ramainya pengiat-pengiat fb ads yang mula membuka kelas-kelas yang mengajar tentang cara yang betul dan tepat untuk beriklan di facebook.

 

Ianya satu berita yang baik untuk usahawan-usahawan online di Malaysia. Ianya menunjukan satu kesan positif penerimaan rakyat Malaysia tentang bisnes online.

 

Namun kesan ini juga sudah tentu memberi kesan yang amat ketara terutama di kalangan para usahawan itu sendiri. Antaranya kos beriklan di fb ads semakin mahal, peraturan beriklan di facebook semakin ketat dan macam-macam lagi keluhan yang anda sendiri boleh lihat dikalangan pengiat-pengiat fb ads.

 

Adakah pemasaran di facebook sudah mati dan tidak menguntungkan lagi?

 

JJ tinggalkan soalan-soalan berikut untuk anda fikir dan buat penilain sendiri. Anda juga boleh follow JJ di instagram @junaidyjaimi

 

Sedikit fakta yang JJ nak kongsikan walaupun facebook dan instagram merupakan dua medium sosial yang berbeza, kedua-dua medium sosial media ini merupakan milik pengasas facebook Mark Zukerberg yang telah membeli aset Instagram bernilai USD 1 billion dari pemaju pertamanya pada tahun 2012, pun begitu instagram masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

 

Pemasaran Instagram Untuk 2016

Jika anda perasan pada penghujung September 2015 yang lalu, Instagram sudah mula memperkenalkan fungsi instagram ads untuk tujuan pemasaran.

 

So, pada 2016 ini adalah peluang yang baik untuk kita memulakan dan mengunakan pemasaran instagram kerana belum ramai lagi yang betul-betul mengunakan instagram untuk tujuan perniagaan mereka.

 

Dikesempatan ini JJ nak kongsikan sedikit tips tentang pemasaran instagram untuk versi 2016 dari sifu Nigel Ong antara usahawan internet yang memang terbukti berjaya dalam pemasaran instagram.

 

5 Tips Pemasaran Instagram

1.Optimumkan profile page instagram

Profile page yang bagus,

  • Senang difahami- Orang baca sahaja, dah tahu apa yang kita tawarkan
  • Username – Sebaiknya mempunyai kaitan dengan produk anda. Contohnya jika anda menjual kasut, sebaiknya usernama anda mempunyai perkataan kasut contoh username kasut_wanita_trending
  • Profile picture – Sama dengan username, sebaiknya gambar berkaitan dengan produk atau logo
  • Name – Ianya ringkasan tentang penerangan IGshop kita

 

2.Bina follower

Salah anggap, ramai yang ingat memepunyai ribuan follower itu bagus. Yup betul lah tu…tapi follower yang macam mana? 2 jenis follower yang kita kena elakkan untuk IGshop kita iaitu :-

  • Follower yang tidak targeted- Follower yang follow secara rambang
  • Follower robot – Follower yang bukan manusia

2 jenis follower ini sebenarnya hanya membuang masa dan sangat-sangat merugikan kita.

 

3.Berinteraksi dengan follower kita

Asas dalam perniagaan, tak kiralah anda menggunakan medium pemasaran facebook, blog atau apa-apa sahaja medium pemasaran yang anda gunakan, perkara pertama yang perlu diwujudkan sebelum kita menjual adalah membina hubungan dan kepercayaan dengan follower kita.

4.#Hastag dan penggunaan kata kunci yang tepat dan berkenaan

Mungkin sahaja anda pernah melihat hastag-hastag seperti #sayajual , #igshop ianya sebenarnya mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang boleh membantu memudahkan produk kita mudah dijumpai di carian instagram.

 

Tetapi jika anda salahgunakan hastag ini, anda mungkin akan diangap spam dan berpotensi untuk di banned.

 

5.Penggunaan  gambar

Jika anda mahu memasarkan produk melalui instagram, WAJIB kena ada dan guna gambar produk. Tetapi anda juga harus ingat, bukan ambil sembarangan gambar dan terus post.

 

Anda harus ingat gambar-gamabar produk kita akan bersaing dengan lebih banyak gambar-gambar lain di instagram feed propek kita.

 

 

Pemasaran Instagram Lebih Mudah Dapatkan Jualan

Sebenarnya jika anda dah mahir asas dan selok belok pemasaran instagram, ianya lebih mudah berbanding dengan mana-mana medium pemasaran yang lain.

 

Jika anda mempunyai follower yang targetted, cukup anda hanya postkan sekeping gambar tanpa perlu meletakkan apa-apa caption ayat pun, orang akan beri respon.

 

Tidak seperti di facebook, di instagram tidak ada lagi penyakit pm,pm walaupun sebenarnya anda sudah letakkan maklumat terperinci bagaimana untuk menghubungi anda untuk mendapatkan produk atau servis yang anda tawarkan.

 

 

Panduan Pemasaran Instagram

Secara kesimpulannya untuk menjual di instagram, apa yang anda kena mahir ialah tentang cara ;-

  1. Mendapatkan targeted follower
  2. Menghasilkan gambar yang mampu mencuri perhatian, seterusnya mampu menjual

 

Sekiranya anda berminat  belajar,nak tahu bagaimana untuk tingkatkan sehingga 10,000 real follower dan targeted, JJ syorkan anda untuk baca panduan tingkatkan targeted follower instagram dengan pantas ianya merupakan panduan lengkap yang telah di praktikan dan terbukti mampu menghasilkan targeted follower yang berpotensi membeli produk atau servis yang dijalankan.

 

Sekiranya perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan anda juga. Pada post-post akan datang JJ akan kongsikan lagi banyak perkongsian. Jika tidak mahu terlepas info yang menarik pastikan anda mendaftar sebagai subcriber blog JJ secara percuma.

 

Jumpa lagi..

8 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. 5 Perkara Yang Usahawan Boleh Aplikasikan Untuk Majukan Bisnes Dari Jaringan Gol Cantik Faiz Subri - JUNAIDYJAIMI.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge