Persatuan Usahawan Internet Malaysia So Best

Webinar Oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia
Webinar Oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia

 

Hu….sejuk lain macam malam ni, syukur dah hampir seminggu tak hujan di bumi Kunak.. selalunya time macam ni.. konfirm dah tidur dah…

 

Tapi malam ni, ambik masa sedikit untuk timba ilmu pemasaran internet. Baru habis sertai webinar anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) yang di hos kan oleh tuan Muaz Hadi selaku setiusaha PUIM merangkap bigbos untuk affiliate ninche x yang dah pulun kaw-kaw ratusan ribu ringgit. Alhamdullilah JJ pun dapat sedikit tempias hasil dari produk evergreen affiliate ninche x ni..

 

..

So sebut pasal webinar ni, webinar ni macam seminar. Cuma tak perlu nak hadapi jem, tak perlu nak bayar tol, tak perlu risau harga minyak petrol naik..sebab tak datang ke dewan seminar. Hanya perlu connection internet, dan sebijik laptop. Kalau join guna handphone, tab pun tak da masalah. Dan paling penting live, hadir pada masa yang telah ditetapkan.

 

Masa webinar ni, kita boleh nampak,dengar dan berinteraksi secara live dengan orang yang bagi seminar tu. Kalau ada tak faham atau ada pertanyaan boleh terus live tanya terus.

 

Speaker jemputan malam ni tuan Faisal Badry tentang pemasaran instagram dengan tajuk “Strategi Dan Teknik Buat Duit” memang terbaik dari ladang.

 

Perkongsian lebih kurang 1 jam 45 minit, banyak input dan idea-idea menarik khusus untuk tingkatkan jualan melalui instagram.

 

So kalau korang rasa berminat nak join webinar macam ni sila daftar sebagai ahli PUIM. PERCUMA je…

Untuk daftar klik daftar ahli puim

 

Banyak manfaat yang kita terima bila berdaftar sebagai ahli PUIM ni.

  1. Sentiasa mendapat hebahan tentang program keusahawan sama ada anjuran PUIM itu sendiri, atau PUIM sebagai jemputan.
  2. Hebahan tentang training yang kita boleh join seperti webinar, seminar mahupun bengkel yang dianjurkan oleh PUIM itu sendiri.
  3. Tingkatkan kredibiliti sebagai seorang usahawan, mahupun peniaga yang menjalankan perniagaan secara online.
  4. Jika anda daftar, dan upgrade keahlian premium, boleh apply seal untuk diletakkan pada web atau blog perniagaan kita. Tujuan seal ni samalah macam certification SSM,Sirim,ISO. Untuk mendapatkan kepercayaan dari pelanggan kita.
  5. Badan NGO yang kita boleh rujuk untuk mendapatkan nasihat, cadangan atau pandangan tentang perniagaan internet yang kita jalankan.

 

So, memang banyak kelebihan jika kita join. Ni lah satu-satunya komuniti terbesar dan yang berdaftar secara sah untuk usahawan-usahawan internet di Malaysia.

 

Ok, lah dah tak larat duduk lama sangat mengadap laptop ni lenguh tulang belakang oi..hehe nite! assalamualaikum..

285 total views, 4 views today

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge