Servis Advertorial : Perkhidmatan Menulis Review Produk & Servis

Servis Advertorial Perkhidmatan Menulis Review Produk Servis
Servis Advertorial Perkhidmatan Menulis Review Produk & Servis

 

Servis advertorial. Perkhidmatan menulis review produk dan servis. Sebelum JJ teruskan lebih lanjut, izikan JJ untuk bertanya adakah anda seorang peniaga, mahupun usahawan yang ingin memasarkan produk atau servis anda secara online?

 

Mungkin anda sudah biasa mendengar tentang dua cara pengiklanan berbayar yang popular ini Fb Ads, mahupun Google Ads. Dua servis pengiklanan berbayar ini memang tidak di nafikan lagi, adakah kaedah pemasaran yang paling cepat untuk mendapatkan hasil.

 

Namun begitu ianya memerlukan anda mahir untuk menggunakan kedua-dua kaedah pemasaran ini. Jika tidak sudah pasti duit pelaburan anda untuk pengiklanan ini akan lebur begitu sahaja.

 

Kos untuk kedua-dua servis pengiklanan ini juga tidak menentu, bergantung kepada kepakaran dan pengalaman orang yang menjalankan servis pengiklanan melalui dua medium tersebut.

 

Iklan anda juga hanya akan berjalan jika anda mempunyai bajet untuk menggukan dua servis perngiklanan ini. Tiada bajet, tiadalah iklan.

 

Pernahkah anda dengar atau cuba menggunakan servis advertorial, atau perkhidmatan menulis review produk atau servis anda?

 

Apa itu servis advertorial atau perkhidmatan menulis review ?

Servis advertorial bermaksud perkhidmatan pengiklanan melalui kandungan editorial ataupun juga dikenali sebagai iklan melalui penulisan review di blog.

 

Dengan erti kata lain, penulis blog akan menulis segala maklumat berkaitan produk atau servis anda melalui maklumat yang anda berikan atau berdasarkan maklumat yang dimiliki oleh penulis blog secara lengkap  melalui blog beliau.

 

Bermula dari kelebihan produk atau servis anda, siapa pemiliknya, apa tawaran dan bagaimana untuk menghubungi pemilik produk atau servis.

 

Mengapa anda perlukan servis advertorial

 

Pernah tak anda cuba mendapatkan produk atau servis dari mana-mana peniaga mahupun usahawan secara online? Adakah anda hanya melihat produk atau servis tersebut murah, anda terus membuat pembelian?

 

Mungkin ya, mungkin tidak.

 

Namun JJ percaya peratusan untuk pelanggan mendapatkan maklumat lebih lanjut sebelum membeli produk atau servis tersebut lebih tinggi dari terus membeli, apa lagi jika ianya merupakan produk yang baru dipasaran yang pelanggan sendiri tak pernah lihat dan dengar sebelum ini.

 

Ini kerana berniaga secara offline dan online tidak sama. Pelanggan tidak dapat lihat secara terus siapa si penjual, produk dan servis yang di tawarkan. Produk dan servis yang ditawarkan pun pelanggan hanya dapat melihat gambaran sahaja.

 

Cabaran untuk mendapat kepercayaan pelanggan secara online ini lebih sukar berbanding secara offline. Lebih-lebih lagi jika anda baru masuk market secara online.

 

Pembeli hanya akan membeli produk atau perkhidmatan anda jika pembeli sudah kenal atau percaya kepada anda. Jika secara offline, mahu tahu tentang produk atau servis itu baik, kita akan dengar melalui cakap-cakap orang yang pernah membeli produk atau mendapatkan servis kita.

 

Lebih banyak orang bercakap tentang kelebihan mengenai produk atau servis yang kita sediakan, lebih besar peluang untuk kita mendapat jualan yang seterusnya.

Kelebihan servis advertorial dan perkhidmatan menulis review

 

1.Iklan lebih mudah untuk di jumpai bakal pelanggan

Melalui servis advertorial dan perkhidmatan menulis review juga, penulis blog bukan hanya sekadar menulis dan memberikan review begitu sahaja, kebiasaanya penulis blog akan menggunakan kemahiran dan teknik SEO iaitu satu teknik untuk membolehkan advertorial atau review produk atau perkhidmatan berada pada first page pada enjin carian google melalui kata kunci (keyword) yang telah disasarkan.

 

Tujuan teknik seo ini, agar ianya lebih mudah ditemui oleh bakal pelanggan anda sekiranya mencari maklumat berkaitan produk atau servis anda melalui google.

 

Contohnya seperti berikut ;

Kata kunci atau keyword yang disasarkan Peluang Pendapatan Pasif Simple Hijab

Review Pendaftaran Ejen Affiliate Simple Hijab
Review Pendaftaran Ejen Affiliate Simple Hijab

 

Artikel ini telah JJ tulis pada 23 Ogos 2015 yang lalu, dan sehingga artikel tentang  servic advertorial dan perkhidmatan menulis review produk dan servis ini di post ianaya masih lagi berada pada fist page carian google. Anda boleh lihat artikel terbsebut disini Peluang Pendapatan Pasif Ejen Affiliate Simple Hijab

 

2.Kaedah pemasaran jangka panjang

Ya, dengan mendapatkan servis advertorial dan penulisan review untuk produk dan perkhidmatan anda, bermaksud iklan anda akan kekal selagi mana blog tersebut wujud. Dengan erti kata lain, penulis blog tidak memadam atau masih membayar hosting dan domain untuk memastikan blog beliau kekal wujud.

 

Dan sememangnya penulis blog yang menawarkan perkhidmatan advertorial ini akan terus menulis dan menjaga blog beliau untuk satu tempoh jangka yang sangat panjang,bertahun-tahun lamanya.

 

3.Kaedah pengiklan yang murah dan berpatutan

Untuk servis advertorial ini anda hanya akan dikenakan bayaran sekali sahaja untuk satu post artikel review yang disiarkan pada satu-satu blog.

 

 

Servis Advertorial : Perkhidmatan Menulis Review Produk & Servis di blog JunaidyJaimi.com

 

Perlukan perkhidmatan menulis review? Ya, mulai hari ini blog JJ juga menyediakan servis advertorial dan penulisan review untuk produk dan servis.

 

Apa kelebihan dan keistimewaan mendapatkan servis advertorial di blog JunaidyJaimi.com ?

 

Kepuasan dan peniaga mendapat hasil iaitu pelanggan melalui iklan advertorial yang JJ hasilkan sudah tentu matlamat utama.

Untuk makluman bakal pelanggan yang akan mendapatkan servis ini dari JJ juga, anda akan mendapat tawaran advertorial lain dari yang lain.

 

Review advertorial anda akan di post pada dua blog dengan hanya dengan kos belanja lunch untuk dua orang sahaja. Review mengenai produk atau servis anda akan di post pada blog www.junaidyjaimi.com dan www.sabreehussin.com

 

Anda boleh baca lebih lanjut tentang tawaran ini klik Servis Advertorial atau jika ada pertanyaan anda juga boleh isi borang melalui pautan Hubungi .

 

 

Semoga anda mendapat manfaat tentang servis advertorial perkhidmatan menulis review produk & servis ini.

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge