5 Idea Tingkatkan Reached Facebook Page

 

5 Idea Tingkatkan Reaced Facebook Page
5 Idea Tingkatkan Reaced Facebook Page

5 idea tingkatkan reached facebook page. Reached facebook page bermaksud berapa ramai orang yang melihat posting kita. Lebih tinggi reched, lebih tinggi peluang untuk kita mendapat jualan. Idea ini kita boleh dapatkan melalui fungsi insight yang terdapat pada facebook page kita.

 

Untuk mengaktifkan fungsi insight ini, facebook page kita perlulah sekurang-kurangnya mempunyai 23 orang yang telah like page tersebut.

 

Melalui facebook insights ini,kita boleh analisa dan dapatkan data dan maklumat yang sangat berguna. Ianya boleh kita jadikan sebagai penanda aras prestasi sama ada facebook page kita mempunyai posting berkualiti yang mampu menarik dan mendapat maklum balas dari fans atau pun kita buat post syok sendiri.

 

Tujuan kita hasilkan posting yang berkualiti sudah tentu untuk menarik perhatian fans dan mencapai objektif untuk menghasilkan reached yang tinggi. Ini lebih bermakna daripada kita hasilkan posting yang banyak,tetapi kurang mendapat perhatian fans kita sendiri.

 

5 Idea Tingkatkan Reached Facebook Page

  1. Buat posting secara kerap. Antara 1 hingga 3 post sehari. Pastikan post yang dibuat tidak terlalu rapat.Maksudnya jarakkan masa post. Contohnya 1 post pada jam 9 pagi, post kedua pada jam 2 petang dan post ketiga pada 8 malam.
  2. Gunakan gambar menarik. Gambar tersebut biarlah jelas dan mempunyai saiz ukuran besar yang bersesuaian. Saranan 650 pixel x 650 pixel.
  3. Jika tiada idea, kita juga boleh share post dari page lain yang kita rasakan menarik dan releven dengan page kita.
  4. Tulis post,apa yang fans anda suka. Ini boleh dilakukan dengan melakukan survey ataupun melalui respon dan pertanyaan-pertanyaan yang anda terima dari fans facebook page anda.
  5. Buat posting berdasarkan waktu bila jumlah fans anda paling ramai. Data ini anda boleh dapatkan melalui fungsi insights pada facebook page anda. Anda boleh schedulekan saja posting anda pada waktu-waktu yang anda mahu posting anda dibuat.
  6. Adakan posting berbentuk dua hala. Contohnya buat kuiz atau survey untuk fans anda. Ataupun post yang mempunyai call to action meminta fans untuk memberikan komen.

 

 

 

Tingkatkan Reached Facebook Page Tanpa FB Ads

zero cost

Gambar di atas adalah salah satu contoh post pada facebook page saya mengunakan teknik mudah tingkatkan reached facebook page tanpa FB Ads dan menariknya ianya #zerocost.

 

Jika anda berminat nak tahu, anda boleh download laporan percuma Teknik Tingkatkan Reached Facebook Page 1k-12k Tanpa FB Ads. Anda hanya perlu klik butang untuk unlock untuk mendapatkan link download laporan ini.

 

cover laporan teknik tingkatkan reached facebook page tanpa fb ads

 

[sociallocker id=”386″]Download Laporan PERCUMA [/sociallocker]

Link untuk anda download akan diberikan secara automatik sebaik sahaja anda unlock.

 

P/s : Mohon maaf teknik di atas sudah tidak releven disebabkan algorithma facebook yang telah berubah.Namun jangan kecewa, untuk anda yang dah bosan asyik terbakar duit dengan kos iklan fb ads, strategi ni akan selamatkan duit iklan anda.

16 Comments

  1. Salam perkenalan tuan Junaidi
    Terima kasih atas pertambahan ilmu yang saya peroleh drpd post ini.
    Apabila ada FB Page memang pening gak fikir camana nak buat bina content yang bagus untuk engage audien kita. Cari jalan bagaimana mereka boleh Like, Komen dan Share posting kita kerana markah engagement tertinggi ialah “share”…..diikuti dengan “komen” dan “like”.
    Afzai Afandi recently posted…Maal Hijrah Adakah Sekadar Sambutan?My Profile

    • Sama-sama tuan Afzai,setuju dengan pandangan tuan..sekarang ni agak sukar sedikit mendapat perhatian audien walaupun page ada beribu fans..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge