Kisah 2 Ringgit Di Bulan Ramadhan

kisah 2 ringgit di bulan ramadhan
kisah 2 ringgit di bulan ramadhan

Kali ni Jj mahu berkongsi tentang short story yang pasal kisah 2 ringgit di bulan Ramadhan. Dan tentunya kisah ni bukan pasal kenaikan harga minyak, GST mahupun alkisah nilai ringgit malaysia yang makin susut.

Ya, kisah benar yang berlaku ke atas empunya badan…erm, sebab kisah ni berlaku dalam seminggu yang lepas, Jj tak tahu macam mana nak mulakan story ni..feel pun dah kurang sikit bukan macam masa hari kejadian hari tu..

.

.

kisah 2 ringgit di bulan ramadhan
kisah 2 ringgit di bulan ramadhan

Tak pa demi tidak mengecewakan rakan pembaca blog Jj yang macho, dan awek-awek yang tembam lagi menawan tu, Jj mulakan story ni dengan Bismillah..boleh yeh macam tu..

.

.

Kisah ni berlaku di lokasi sebuah kampung di daerah Kunak, Sabah. Untuk pengatahuan korang yang agak asing sedikit dengan nama daerah Kunak tu, lokasi letaknya pekan kecil ni di antara dua bandar di pantai timur Sabah, iaitu antara Lahad Datu dan Tawau. Maksudnya jika anda berada di Kota Kinabalu dan melalui jalan darat ke bandar Tawau, sebelum sampai ke daerah Tawau. So korang akan melalui bandar Lahad Datu sebelum sampai ke Tawau tu, anda akan melalui sempadan Kunak sebelum sampai ke daerah Tawau.

Secara ringkasnya Kunak adalah laluan utama menghubungkan jalan darat Lahad Datu ke Tawau yang mengambil masa lebih kurang 1 jam atau bersamaan lebih kurang 90km jarak perjalanan sama ada dari Lahad Datu ke Kunak, mahupun Tawau ke Kunak

Berbalik kepada kisah 2 ringgit di bulan Ramadhan, kisahnya bermula bila seorang lelaki tua misteri telah datang ke tempat Jj di bulan Ramadhan. Paras rupa lelaki tua misteri ini agak hitam, dengan mata yang agak tenggelam, jambang yang agak lebat dan kusut dan terlihat kedut-kedut yang cukup mengambarkan lelaki tua misteri itu bekerja keras dan berat-berat di usia mudanya.

.

.

Lelaki tua misteri itu datang kepada saya setelah di perkenalkan kepada seorang rakan yang berada di lokasi yang sama yang turut hairan dengan kedatangan lelaki tua misteri itu secara tiba-tiba.

 

Berasa hairan dan binggung melanda Jj bila melihat kelibat seorang lelaki tua misteri yang di perkenalkan kepada Jj itu tidak pernah Jj lihat selama berada di kampung tersebut. Walaupun Jj bukanlah orang kampung tersebut, tetapi Jj sudah agak lama menetap secara part time di kampung tersebut. Dalam 5 tahun juga Jj menetap secara part time di kampung tersebut.

 

Boleh di katakan Jj mengenali dan dapat cam muka-muka penduduk kampung tersebut. Demi menghilangkan kebinggungan, sesi dailog pun berlaku antara Jj dan lelaki tua misteri itu.

Jj : Ya, pacik ni siapa, dari mana dan kenapa?

Lelaki tua misteri : Pacik dari kampung ………. pacik mau pinjam 2 ringgit nak bayar “pirate”

Jj : O..ok-ok pacik, kejap ya. ( ??? Kebinggungan makin terasa, pacik ni Jj tak kenal, datang nak pinjam duit secara tiba-tiba, macam mana dia nak bayar??. Tanpa berfikir lama …)

Jj : Pacik, nah 2 ringgit. Pacik ambil ja lah tak payah bayar.

.

.

Lelaki tua misteri itu pun berlalu pergi..

.

.

Dalam pada kesibukan Jj ketika itu, masa tu Jj tengah dalam waktu bekerja.. masih tergiang-giang difikiran Jj siapa lelaki tua misteri yang datang jumpa Jj tadi??

.

.

.

.

..

Tidak lama, selepas itu, rakan Jj yang turut berada di lokasi datang menghampiri Jj dan memberikan 2 ringgit kepada Jj. Rakan Jj menyatakan kepada Jj, lelaki tua misteri yang datang kepada Jj itu pulangkan semula 2 ringgit yang Jj bagi  tadi.

.

.

.

Sebenarnya lelaki tua misteri itu ingin meminjam duit sebanyak 2 ringgit kerana ingin membayar tambang “pirate” katanya..

 

Jj cuba bergegas melihat lelaki tua misteri itu. Malangnya lelaki tua misteri itu telah berlalu pergi tanpa sempat Jj melihatnya lagi..

.

.

Puff…dalam keadaan binggung…

.

.

Pada hari yang sama, pada waktu petang bos kepada Jj call dan bagi tahu nanti semak akaun bank.

Yahoo….gaji bulan ni lebih separuh dari yang biasanya..betapa gumbiranya hati Jj haha.. ya la dah dekat nak raya mestilah happy bila dapat income lebih sikit. Nak raya mesti perlukan duit belanja yang lebih berbanding bulan-bulan biasa..

..

Mana nak beli baju kurung baru untuk puan isteri , baju raya untuk anak.. mana nak beli kain langsir barunya..

Raya tahun ni, sama macam raya yang sudah-sudah, kuih raya buat sendiri jimat sikit belanja dapur. Boleh buat macam-macam kuih raya. Syukur puan isteri Jj ni dah praktik dulu-dulu zaman bercinta buat kuih-muih ni..hehe..sebab dia tahu bakal encik suaminya yang macho ni memang suka makan kuih-muih..

Bagi awek-awek tembam yang cantik lagi menawan tu, kalau tak tahu nak buat kuih raya, cuba lah praktik belajar masa masi bergelar anak dara ni. Kalau tak tahu, ni ada 101 resepi kuih raya yang sedap lagi menyelerakan korang boleh belajar buat untuk menambat hati bakal-bakal mak mertua korang nanti.

Hari yang sama juga, Jj menerima tempahan untuk produk perniagaan part time Jj. Yang buat Jj muskil masa Jj tak da pula promosi dalam masa bulan Ramadhan ni lagi. Ni dah kira double, triple rezeki Jj hari tu. Syukur alhamdullilah sambil muka manyak sunyum ma… 😀

 

So the moral of story apa yang  Jj nak sampaikan sebenarnya, bukanlah Jj nak kata Jj ni baik, bukan… tapi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni, banyakkanlah berbuat baik walaupun kebaikan itu sekecil-kecil kebaikan yang kecil dimata manusia, namun ianya besar disisi Allah jika niat kita ikhlas dalam mengamalkan kebaikan..

Ok dah dulu..hari dah siang..nak bawa puan isteri dan anak ke Tawau shopping raya lak..

145 total views, 3 views today

7 Comments

    • BFS pirate tu bahasa pasar di Sabah, bermaksud kereta sapu atau kereta tambang,perkhidmatan sama macam teksi, tapi tak berdaftar..asal ada kereta..boleh ja tawarkan perkhidmatan hantar orang..sekitar Kunak tiada perkhidmatan teksi atau bas. Kalau nak pergi kawasan-kawasan sekitar Kunak naik pirate ja..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge