30 Hari Menulis Blog

30 hari menulis blog. Ya inilah misi pertama yang Jj cuba capai menerusi blog personal Jj www.junaidyjaimi.com ini sebelum mencapai matlamat yang lain.

30 Hari Menulis Blog
30 Hari Menulis Blog

30 hari menulis blog

Sebagai permulaan, 30 hari menulis blog ini juga adalah masa Jj untuk cuba mencari dan mengenalpasti apa identiti dan niche yang betul berkenan di hati Jj untuk di sampaikan dan dikongsikan secara lebih serius dalam penulisan blog personal Jj.

30 hari menulis blog, kenapa 30 hari ?

Pendekatan 30 hari untuk menulis blog ini sebenarnya bukan idea Jj. Tapi inilah saranan yang diberikan untuk penulis blog baru yang di sarankan kepada pengamal-pengamal Kitab Merah Jambu jika mahu serius dalam penulisan blog sehingga boleh menjana pendapatan dengan blog.

Hidup kena ada panduan. Jj masih baru dalam dunia blog. Sebab itu Jj memilih untuk mendapatkan panduan kitab merah jambu ini agar nanti menjadi petunjuk untuk Jj dalam penulisan blog.

Boleh saja 30 hari ini, menjadi 40 hari, 50 hari. Tapi mampukah Jj nak lakukan? Serius Jj buat masa ini hanya menulis blog secara part time. Ada komitmen lain sebagai seorang pekerja swasta yang makan gaji, seorang suami dan seorang ayah kepada seorang anak. Dan kini ditambah lagi satu tugas untuk Jj galas iaitu memastikan blog www.junaidyjaimi.com ini sentiasa hidup.

…..alang-alang menulis biar boleh buat duit dengan blog.

Matlamat Yang Ingin Di capai 30 hari menulis blog

Apa yang sebenarnya Jj ingin capai dalam 30 hari menulis blog ialah menghasilkan 1 post baru sehari bermaksud dalam 30 hari ada 30 post baru untuk blog Jj..

..

Soalanya kenapa perlu 30 hari menulis blog? Kalau nak tahu pastikan anda follow blog Jj hingga hari ke 30 ya..hari pertama bermula pada 24 Jun 2015. So hari ke 30 tu insya Allah jatuh pada 24 Julai. Itu pun kalau Jj panjang umur dan anda sanggup mendengar Jj mencelah. Tak boleh nak janji.

70 total views, 2 views today

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge