Salam Ramadhan 2015

Salam Ramadhan 2015
Salam Ramadhan 2015
Salam Ramadhan 2015
Salam Ramadhan 2015

Bismillah.. Salam Ramadhan 2015. Alhamdullilah, setelah hari berganti hari, akhirnya Jj membuat keputusan untuk membuat catitan pertama di blog personal Jj www.junaidyjaimi.com di Ramadhan ke 7 2015. Sebenarnya dah lama Jj tempah domain dan hosting ni, cumanya Jj belum ada idea dan masa untuk mengorak langkah pertama untuk menulis artikel di blog personal Jj.

Niat untuk mempunyai personal blog telah lama terbuku di hati, sebelum ini pun Jj dah mula berjinak-jinak menulis blog sejak 2009. Cumanya belum ada sebab dan menulis pada ketika itu hanya sekadar sebagai suka-suka. Dan ini pula http://junaidyjaimi.blogspot.com/ blog yang Jj cuba-cuba bangunkan pada 2013. Bermula dari situ Jj terfikir untuk cuba menulis dengan lebih serius.

Akhirnya setelah selongkar punya selongkar satu demi satu blog-blog otai-otai dalam bidang blog ni, Jj pun ambil keputusan untuk menulis dan cuba hasilkan sesuatu dengan penulisan blog ni.

Alang-alang berblog, biar sampai boleh buat duit dengan blog. Untuk itu juga Jj telah mendapatkan panduan Kitab Seo Merah Jambu dari seorang cikgu yang memang terkenal dan  di perakaui dikalangan blogger sebagai seorang pakar dalam bidang buat duit dengan blog.

Seorang cikgu yang kacak dan gemar makan cendol banting. Nantilah ada masa Jj cerita pasal cikgu ni..

Insha Allah, blog www.junaidyjaimi.com ni bukanlah semata-mata untuk mengaut duit dari pengunjung-pengunjung dan pembaca blog Jj. Medium ini juga sebenarnya adalah sebagai ruangan untuk Jj mencelah, berkongsi, memberi dan sebagai rujukan Jj sendiri di masa-masa akan datang.

 

Fisrt tadi nak buat posting mukadimah Salam Ramadhan 2015 sempena posting Jj yang pertama di bulan Ramadhan yang mulia, makin lama makin jauh ke laut.

erm.. sampai sini dahlu mukadimahnya. Buat semua yang mengenali Jj, pembaca blog Jj dan semua yang beragama Islam. Di kesempatan ini juga Jj ingin memohon maaf jika ada yang tersilap atau teruka mahupun tidak senang dengan kehadiran Jj. Sampai jumpa lagi di artikel Jj akan datang.

Salam Ramadhan 2015

34 total views, 2 views today

2 Comments

  1. tahniah dah ada blog name sendiri.. aku je xde lagi blog dot com nama sendiri..
    eh sebenarnya dah ada domain dot my tapi tak reti nak setting dot my ni rumit sikit.. haha 😀

    • dah lama tunggu saat ni sebenarnya, cumanya dulu domain ni pernah guna untuk buat web lain..ye lah masih me langgar ja dulu.. 3 tahun jugak aku tunggu nak dapatkan domain ni balik.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge